Sains Malaysiana, 2017;46:2469-2475.

Abstract

Pengoptimuman parameter kajian menggunakan rangsangan permukaan (RSM) merupakan kaedah yang dijangka dapat membantu penjimatan masa dan kos tindak balas keseluruhan jika dibandingkan dengan kaedah pengoptimuman secara tradisi. Dalam kajian ini, kaedah RSM digunakan untuk mengoptimumkan parameter tindak balas penghidrogenan LNR menggunakan sumber diimida daripada termolisis p-toluenasulfonil hidrazida (TSH) dalam pelarut o-xilena. Reka bentuk komposit putaran tengah (CCRD) menggunakan RSM digunakan dengan 3 parameter iaitu nisbah berat TSH: LNR, suhu dan masa tindak balas. Melalui reka bentuk ini, model kuadratik untuk peratusan penghidrogenan berjaya diperoleh. Model kuadratik ini adalah signifikan dengan pekali kolerasi iaitu 0.9177. Berdasarkan data ANOVA yang diperoleh, masa dan suhu tindak balas memberi kesan yang signifikan terhadap peratus penghidrogenan getah asli cecair berbanding faktor nisbah berat TSH: LNR. Keadaan optimum bagi tindak balas penghidrogenan ini adalah pada nisbah berat TSH: LNR, 1.41, masa tindak balas 2.22 jam dan suhu tindak balas 114.05°C dengan peratus penghidrogenan 81.83%. Penggunaan RSM dalam penghasilan HLNR memudahkan kajian dalam memberikan keputusan dengan peratusan penghidrogenan yang dikehendaki menggunakan persamaan polinomial kuadratik yang diperoleh.