Kaedah rangsangan permukaan (RSM) dengan reka bentuk komposit putaran tengah (CCRD) telah digunakan untuk
mengoptimumkan parameter bagi penghidrogenan getah asli cecair (LNR) dalam sistem hidrazin hidrat (HH) dan hidrogen
peroksida (H2
O2
) dengan kehadiran selenium sebagai mangkin. Parameter yang dikaji bagi tindak balas ini adalah
nisbah mol HH:LNR (1.25-2.25), nisbah mol H2
O2
:LNR (1.25-2.25), suhu (40-80°C) dan masa tindak balas (4-8 jam).
Berdasarkan data yang diperoleh, penghasilan getah asli cecair terhidrogen (HLNR) sesuai dijelaskan dengan model
kuadratik. Model kuadratik ini mempunyai nilai pekali penentuan (R2
) sebanyak 0.9596 yang menunjukkan korelasi yang
tinggi antara peratus penghidrogenan sebenar dengan peratus yang telah diramalkan. Berdasarkan plot permukaan
tindak balas 3D, suhu tindak balas memainkan peranan penting dalam penghidrogenan LNR. Keadaan optimum yang
diperoleh melalui RSM bagi kajian ini adalah nisbah mol HH:LNR pada 1.50, nisbah mol H2
O2
:LNR pada 2.00, suhu tindak
balas pada 53.34°C dengan masa tindak balas selama 5.21 jam yang memberikan peratusan penghidrogenan HLNR
sebanyak 68.98%. Persamaan polinomial kuadratik yang diperoleh daripada RSM ini berguna untuk menghasilkan HLNR
dengan peratusan penghidrogenan yang dikehendaki.