Sains Malaysiana, 2017;46:1817-1823.

Abstract

Sistem hidrazin hidrat/hidrogen peroksida (HH/H2
O2
) digunakan untuk menjana sumber hidrogen bagi tujuan
penghidrogenan getah asli cecair (LNR) melalui penghasilan diimida. Spesies diimida yang terhasil akan membekalkan
sumber hidrogen kepada ikatan karbon ganda dua dalam rantai polimer LNR. Getah asli cecair terhidrogen (HLNR)
yang terhasil menunjukkan ciri lebih tahan suhu berbanding LNR. Suhu degradasi HLNR didapati meningkat pada 435°C
berbanding LNR iaitu pada 381°C. HLNR seterusnya dijadikan pengserasi dalam penghasilan adunan polimer polistirena/
getah asli, PS/NR/HLNR (60/35/5). Kekuatan regangan dan impak PS/NR masing-masing meningkat sebanyak 70.7% dan
149.6% setelah HLNR ditambah sebagai pengserasi dalam adunan. Beberapa pemerhatian morfologi melalui mikroskop
optik dan SEM turut menyokong kesan penyerasian adunan PS/NR dengan HLNR.