Sains Malaysiana, 2018;47:2027-2033.

Abstract

Biosensor optik berasaskan hemoglobin (Hb) terpegun pada mikrosfera poli(n-butil akrilat-co-N-akriloksisuksinimida)
[poli(nBA-NAS)] telah dibangunkan bagi mengesan kepekatan ion nitrit (NO2
-
). Kompleks HEM ferum dalam Hb
memangkinkan tindak balas penurunan ion NO2
-
kepada nitrik oksida (NO) lalu bergabung dengan deoksihemoglobin
(HbFe2+) membentuk kompleks ferum-nitrosil-hemoglobin (HbFe2+-NO) yang berwarna hijau kekuningan. Spektrofotometer
pantulan gentian optik digunakan untuk memantau kepekatan ion NO2
-
secara kuantitatif berdasarkan perubahan warna
Hb terpegun pada mikrosfera poliakrilat daripada perang kemerahan ke hijau kekuningan pada panjang gelombang
pantulan maksimum 668 nm. Pencirian terhadap biosensor nitrit reflektometrik melibatkan ujian kesan pH, kesan
kepekatan Hb, julat rangsangan linear, kebolehasilan, jangka hayat dan kesan gangguan ion telah dijalankan. Biosensor
ion NO2
- optik terbangun memaparkan julat linear dinamik daripada 5 hingga 50 mg mL-1 (R2
=0.9894) pada pH7.0 dengan
had pengesanan (LOD) sebanyak 3.3 mg mL-1 dan nilai sisihan piawai relatif (RSD) kebolehasilan biosensor sebanyak
5.8%. Jangka hayat biosensor optik nitrit tersebut adalah selama 36 hari dan majoriti ion asing yang sering wujud
bersama ion NO2
- dalam sampel air semula jadi tidak menunjukkan kesan gangguan yang bererti terhadap penentuan
ion NO2
-
menggunakan biosensor optik terbangun kecuali ion Hg2+, Ag+, Br-
dan S2-.