Sains Malaysiana, 2007;36:189-194.

Abstract

Analisis kuantitatif untuk penentuan kepekatan ion Al3+ dalam larutan akueus telah dilakukan menggunakan reagen alizarin red S (ARS) melalui pembentukan kompleks ARS-Al(III) yang dianalisis menggunakan kaedah spektrofotometri UL-Nampak. Kompleks ARS-Al(III) memberikan puncak serapan pada panjang gelombang 484 nm pada pH 5. Kajian kestabilan foto bagi reagen ARS memberikan nilai RSD sebanyak 0.46 %. Analisis kebolehulangan memberikan nilai RSD sebanyak 1.07 % dan 0.67 % masing-masingnya bagi kepekatan Al(III) 0.2 ppm dan 9 ppm. Gangguan kation Cu2+ dan Fe3+ pada nisbah mol 1:10 adalah minimum. Kebanyakan anion penggangu tidak memberikan kesan gangguan kecuali F- pada nisbah mol 1:1 dan 1:10. Sistem ini memberikan julat kepekatan dinamik Al3+ antara 0.1 – 1.0 ppm. Arkitektur ANN dengan bilangan neuron terlindung, bilangan kitaran dan kadar pembelajaran adalah masing-masingnya 23, 40000 dan 0.001 telah berjaya memanjangkan julat dinamik kepekatan Al(III) daripada 0.1 – 8.0 ppm. Reagen ARS berjaya dipegunkan pada permukaan ko-polimer XAD 4 dan mampu memberikan respon optik yang baik terhadap ion Al3+.