Tiga spesies ikan air tawar iaitu Rasbora sumatrana (Cyprinidae), Poecilia reticulata (guppy; Poeciliidae) dan Carrasius
auratus telah didedahkan kepada kromium (Cr) dan selenium (Se) yang mempunyai julat kepekatan yang berbeza selama
4 hari (96 jam) di dalam makmal. Kadar kematian dicatatkan dan kepekatan kematian ambang (LC50) dan masa kematian
ambang (LT50) dihitung. Nilai LC50 kepekatan kematian median (LC50) dan masa kematian median (LT50) didapati
berkurang dengan peningkatan kepekatan logam dan masa pendedahan bagi kesemua spesies ikan. Nilai LC50 bagi
pendedahan selama 96 jam bagi R. sumatrana, P. reticulata dan C. auratus kajian ini masing-masing bagi Cr adalah
20.91, 19.85, 28.31 mg/L dan bagi Se pula 0.21, 3.03, 0.24 mg/L. Se mempamerkan ketoksikan paling tinggi terhadap
tiga spesies ikan air tawar ini apabila mempunyai nilai LC50 96 jam paling rendah jika dibandingkan dengan Cr.