Masak lemak cili padi merupakan hidangan tradisional Melayu berasal dari Negeri Sembilan, Malaysia. Walaupun, ia popular dan disukai di kalangan rakyat Malaysia, ia jarang disediakan oleh golongan bekerjaya dan mempunyai masa yang terhad di rumah. Selain itu, faktor kesukaran untuk mencari bahan mentah dan menyediakan hidangan serta mengekalkan rasa dan kualiti masakan juga menyebabkan hidangan ini jarang disediakan di rumah . Melihat potensi dan keperluannya, satu kajian telah dijalankan untuk menghasilkan Kiub Masak Lemak Cili Padi (KMLCP). Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penerimaan responden terhadap KMLCP. Instrumen soal selidik menggunakan skala Hedonic telah diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden. Data telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS versi 21. Analisis menunjukkan bahawa KMLCP diterima pada tahap baik oleh responden dengan nilai min 4.66. Kesimpulannya, KMLCP ini diterima secara optimistik oleh responden.