Browse publications by year: 2005

  1. Chong PP, Adura Mohd-Adnan, Wan KL
    Sea bass (Lates calcarifer) is an economically important fish in Malaysia. In this study, a genomic library of L. calcarifer was constructed. Genomic DNA was isolated from the muscle tissue of sea bass, sheared by nebulisation, blunt-end repaired and ligated into the pCR®4Blunt- TOPO® plasmid vector. The ligation mixture was then transformed into Escherichia coli. In order to characterize the constructed genomic library, plasmid DNA was extracted from randomly selected recombinant clones. Gel electrophoresis showed that these recombinant clones contain inserts with a size range of 0.5 kb - 3.5 kb, with an average size of 1.7 kb. DNA sequencing was then carried out using the extracted DNA plasmid as template, and a total of 121 random sequences were generated from the L. calcarifer genomic library. Analysis of these sequences implies that the library is representative of L. calcarifer genome. Based on sequence similarity database searches, 17% of the random sequences were found to have significant BLAST hits, indicating that they represent L. calcarifer genes. Analysis using the Repeat Masker program reveals that 35% of the random sequences were identified as repeat elements. Initial characterization of this genomic library indicates that it is a potentially useful resource in the study of the L. calcarifer genome.
    [Siakap (Lates calcarifer) merupakan spesies ikan yang penting dari segi ekonomi di Malaysia. Dalam kajian ini, satu perpustakaan genom L. calcarifer telah dibina. DNA genom telah dipencil daripada tisu otot L. calcarifer, diserpih secara nebulisasi, dibaiki hujung tumpul dan diligasi ke dalam vektor plasmid pCR®4Blunt-TOP®. Campuran ligasi seterusnya telah ditransformasikan ke dalam Escherichia coli. Bagi mencirikan perpustakaan genom yang terhasil, DNA plasmid telah diekstrak daripada klon-klon rekombinan yang dipilih secara rawak. Elektroforesis gel agaros menunjukkan klon-klon rekombinan ini membawa selitan DNA yang bersaiz di antara 0.5 kb - 3.5 kb, dengan purata saiz 1.7 kb. Seterusnya, penjujukan DNA telah dijalankan dengan menggunakan DNA plasmid yang diperoleh sebagai templat. Sebanyak 121 jujukan rawak telah dihasilkan daripada perpustakaan genom L. calcarifer ini. Analisis jujukan rawak memberikan implikasi yang perpustakaan ini adalah representatif bagi genom L. calcarifer. Berdasarkan persamaan dengan jujukan dalam pangkalan data, 17% jujukan rawak ini didapati mempunyai keputusan BLAST yang bermakna, yang menunjukkan mereka mewakili gen L. calcarifer. Analisis dengan menggunakan perisian RepeatMasker menunjukkan sebanyak 25% jujukan rawak ini dikenal pasti sebagai unsur berulang. Pencirian awal terhadap perpustakaan genom ini menunjukkan ia berpotensi sebagai sumber yang berguna dalam kajian genom L. calcarifer].
  2. Shahrul Hisham Zainal Ariffin, Intan Zarina Zainal Abidin, Sahidan Senafi, Nor Muhammad Mahadi, Rohaya Megat Abdul Wahab, Zaidah Zainal Ariffin
    Stem cells, also known as mother cells are capable of undergoing both cell division and differentiation. The most primitive stem cells are totipotent cells which are capable of producing a complete organism from one cell. There are two types of haemopoietic stem cells depending on their developmental stages known as embryo and adult haemopoietic stem cells. Studies showed that only 0.01-0.05% of total bone marrow cell population consists of haemopoietic stem cells. This small population of stem cells exists in three different sizes with different characteristics. In addition, the microenvironment which contains various regulatory molecules plays an important role in the differentiation of stem cells into specific adult cells.
    [Sel stem juga dikenali sebagai sel induk berupaya untuk menjalani kedua-dua proses pembahagian dan pembezaan sel. Sel stem yang paling primitif iaitu sel totipoten berupaya untuk membentuk satu organisma lengkap daripada satu sel. Sel stem hemopoietik terdiri daripada dua jenis bergantung kepada peringkat perkembangan individu iaitu sel stem hemopoietik embrio dan dewasa. Kajian mendapati hanya 0.01-0.05% daripada keseluruhan populasi sel sumsum tulang berupaya bertindak sebagai sel stem hemopoietik. Daripada julat yang kecil ini sel stem hemopoietik wujud dalam tiga saiz yang mempunyai ciri yang berbeza. Selain daripada itu mikrosekitaran yang mempunyai molekul-molekul regulatori yang berbeza-beza juga memainkan peranan yang penting dalam pembezaan sel stem kepada sel-sel matang yang spesifik].
    MeSH terms: Adult; Bone Marrow Cells; Cell Differentiation; Cell Division; Humans; Stem Cells
  3. Ruwaidiah Idris, Ishak Hashim
    In this work we use an analytical technique to analyse the effect of a vertical uniform magnetic field on the onset of steady Benard-Marangoni convection in a horizontal layer of electrically conducting fluid subject to a uniform vertical temperature gradient in the asymptotic limit short waves. We found that in the limit of short waves, the leading order expression for the marginal curve is not affected by the magnetic field.
    Dalam makalah ini kesan medan magnet menegak seragam ke atas lengkung sut permulaan olakan mantap Benard-Marangoni dalam lapisan bendalir mengufuk berpengalir elektrik dikaji tertakluk kepada kecerunan suhu yang seragam dalam had asimptot gelombang pendek. Kami dapati medan magnet tidak memberi kesan kepada sebutan utama lengkung sut dalam had gelombang pendek.
    MeSH terms: Electricity; Radio Waves; Temperature; Convection; Magnets; Magnetic Fields
  4. Abdul Aziz Jemain
    This paper offers a technique to create a development index among districts. To determine the weight for each criterion in the index entropy theory was used. Two approaches for criteria normalization were also suggested. The data obtained from 1991 census conducted in Peninsular Malaysia were utilized as illustration.
    Kertas ini mencadangkan teknik pembinaan indeks kemajuan daerah. Teori entropy digunakan untuk menentukan pemberat bagi kriteria yang digunakan dalam pembinaan indeks. Dua pendekatan menormalkan data turut dicadangkan. Contoh pembinaan indeks dikemukakan berdasarkan kemudahan asas yang terdapat di daerah-daerah di Semenanjung Malaysia seperti yang diperoleh berdasarkan banci tahun 1991.
    MeSH terms: Aspirin; Body Weight; Esterases; Malaysia; Entropy; Censuses
  5. Suwanda Idris
    Total Variance (TV) and Generalized Variance (GV) are commonly used as a measure multivariate dispersion. However, these two statistics has some drawbacks. This paper proposes a new measure of multivariate dispersion, named Vectorial Variance (VV) an inner product for set of operators defined on a Hilbert-Smith space. Since, the exact sampling distribution of VV is difficult to find, therefore the asymptotic sampling distribution is obtained.
    [Jumlah Varians dan Varians Teritlak kebiasaannya digunakan sebagai ukuran dispersi multivariate. Namun begitu, kedua-dua statistik ini mempunyai beberapa kelemahan. Dalam tulisan ini akan dicadankgan satu ukuran dispersi multivariate yang baru, dikenali sebagai varians bervektor (VV) yang merupakan suatu hasil darab terkedalam bagi set pengoperasi yang tertakrif ke atas suatu ruang Hilbert-Smith. Oleh kerana taburan pensampilan tepat dari statistik vv tersebut sangat sukar untuk ditentukan, maka taburan pensampilan asimtot telah diperolehi].
    MeSH terms: Animals; Ataxia Telangiectasia; Biometry; Disease Vectors; Names
  6. Goh LL, Loke Suet Che G., Anton Abdulbasah Kamil
    The development of economy is closely related with the inflation rate of the country. Generally the inflation can be measured by the Consumer Price Index (CPl). The aim of this paper is using overlapping measure and cumulative measure to measure the inflation. In overall, these two methods are adequate for measuring the inflation. As a result, monthly measure is useful because it believe can give a perfect measure (since its sample is large) and can get rid of or smaller the error. Besides that, the value of the weighted CPl and the unweighted CPl are almost same. As the result, the unweighted of CPl is used to measure the inflation. The result of this two methods are satisfactory.
    [Perkembangan sesuatu ekonomi adalah berkait rapat dengan kadar inflasi dalam sesebuah negara. Secara amnya, inflasi dapat diukur dengan Indeks Harga Pengguna (IHP). Tujuan kertas kerja ini adalah mengukur inflasi dengan menggunakan kaedah data bertindih dan kaedah kumulatif. Pada keseluruhannya kedua-dua kaedah tersebut adalah sesuai digunakan sebagai pengukuran inflasi. Oleh hal yang demikian, pengukuran secara bulanan digunakan kerana dipercayai bahawa ia dapat memberi ukuran yang lebih tepat (saiz sampel yang besar) dan dapat mengelakkan atau mengecilkan ralat berlaku. Selain itu, penggunaan IHP berpemberat dan IHP tanpa pemberat didapati mempunyai nilai yang hampir sama. Oleh itu, nilai IHP tanpa pemberat digunakan dalam pengukuran inflasi. Keputusan yang didapati daripada kedua-dua kaedah tersebut adalah memuaskan]
    MeSH terms: Environment; Inflation, Economic; Insufflation; Paper
  7. Suhaimi Suratman, Norhayati Mohd Tahir, Rosnani Jusoh, Marinah Mohd Ariffin
    A study was carried out to determine the distribution of nutrient, chlorophyll-a and the physical properties of water at Setiu Wetland from May-October 2001. Ten sampling stations were selected to represent various locations within the study area. The analyses of dissolved nutrients and chlorophyll-a were carried out based on colorimetric methods while the physical parameters were measured in situ. The results indicated that pH values between 5.15-8.03, dissolved oxygen 4.89-6.85 mg/L, biological oxygen demand 0.04-1.80 mg/L and total suspended solids 1.3-19.7 mg/L. The concentrations of orthophosphate, total dissolved phosphate, nitrate, ammonia, total dissolved nitrogen and chlorophyll-a were in the range of 0.19-2.85 μg P/L, 1.06-25.81 μg P/L, 1.48-89.66 μg N/L. 6.0-125.7 μg N/L. 122.50-432.34 μg N/L and 0.03­4.32 mg/L, respectively. In addition, the results obtained also suggest possible linkage between land use practices and deteriorations of water quality in the wetland area.
    [Satu kajian telah dijalankan untuk menentukan taburan nutrien, klorofil-a dan sifat fizikal air di Tanah Bencah Setiu dari bulan Mei-Oktober 2001. Sepuluh stesen pensampelan telah dipilih untuk mewakili kawasan-kawasan yang berlainan di kawasan kajian. Analisis nutrien terlarut dan klorofil-a dijalankan berdasarkan kaedah kolorimetrik manakala parameter fizikal diukur secara in situ. Hasil kajian menunjukkan bahawa pH mempunyai nilai antara 5.15-8.03, oksigen terlarut 4.89-6.85 mg/L, permintaan oksigen biokimia 0.04-1.80 mg/L dan jumlah pepejal terampai 1.3-19.7 mg/L. Kepekatan ortofosfat, jumlah fosfat terlarut, nitrat, ammonia, jumlah nitrogen terlarut dan klorofil-a adalah masing-­masing dalam julat 0.19-2.85 μg P/L, 1.06-25.81 μg P/L, 1.48-89.66 μg N/L, 6.0-125.7 μg N/L, 122.50-432.34 μg N/L dan 0.03-4.32 mg/L. Disamping itu, keputusan yang didapati turut mencadangkan kemungkinan wujudnya hubungan antara kepelbagaian aktiviti guna tanah dan kemerosotan kualiti air di kawasan tanal: bencah].
  8. Mohd. Azwani Shah Mat Lazim, Musa Ahmad, Zuriati Zakaria, Mohd. Nasir Taib
    Artificial neural network (ANN) was used in this study to determine water turbidity by using back propagation algorithm. Three wavelengths which represent reflectance intensity for eight standard samples were used as training input. The finding from the study shows that the trained network with number of epochs of 250,000 and learning rate of 0.001 gave the lowest sum of squared error (SSE) of 0.04. ANN was able to predict the turbidity of water based on the pattern recognition of the reflectance spectrum. The architecture of optimized ANN used in this study was 3:25:1. The average prediction error was 0.02.
    [Jaringan neural tiruan (ANN) dengan lagoritma perambatan balik (BP) telah digunakan dalam kajian ini untuk menentukan kekeruhan air. Tiga panjang gelombang yang mewakili serapan bagi lapan sampel telah dipilih sebagai imput latihan. Hasil kajian menunjukkan bagi jaringan terlatih dengan bilangan ulangan latihan 250,000 dan kadar pembelajaran 0.001 telah memberikan nilai SSE yang terendah iaitu 0.04. Dalam kajian ini jaringan ANN didapati boleh menentu dan meramalkan nilai kekeruhan sample air berdasarkan corak serapan pantulan. Arkitektur yang sesuai bagi kajian ini adalah 3:25:1. Purata ralat ramalan adalah 0.02].
    MeSH terms: Algorithms; Antineoplastic Combined Chemotherapy Protocols; Cyclophosphamide; Doxorubicin; Etoposide; Prednisone; Vincristine; Water
  9. Musa Ahmad, Lau MY
    This study focused on the development and optimization of a hybrid material formed from sol-gel and chitosan which could be used as a chemical sensing material. It is hoped that this new matrix can overcome certain weaknesses in sol­gel and chitosan materials. Dip-coating technique was used to prepare the film on microscope glass slide which functioned as a solid support. For optimization purposes, thymol blue was chosen as a pH indicator and was entrapped in the film. The film was characterized using uv-Visible Spectrophotometer. Morphology studies of the surface of the film were carried out using Scanning Electron Microscope (SEM). Results indicated that the most suitable solgel: chitosan ratio for hybrid formation was 60:40 after considering the surface morphology of the film, leaching, response time and also the intensities of the spectrum. Besides that, the results also show that the pH indicator could be successfully entrapped inside the hybrid film and would still retain its chemical behavior just as in solution. The sensing material was found to have good repeatability when reacted with buffer solution and showed RSD values of 4.24 % and 5.96 % in buffer solution at pH 2.0 and pH 11.0, respectively. The entrapped indicator also showed good photo stability with RSD of 5.35 % for the duration of 8 hours. However; the reproducibility of the hybrid film was quite low with a RSD value of 18.40 % and 31.22 % at wavelength of 500 nm and 600 nm, respectively due to leaching.
    [Penyelidikan ini difokuskan kepada pembangunan dan pengoptimuman bahan hibrid antara sol-gel dan kitosan untuk membentuk suatu matriks baru bagi penyediaan bahan penderia kimia yang dapat mengatasi kekurangan tertentu dalam bahan sol-gel danjuga kitosan. Teknik penyalutan celup telah digunakan untuk penyediaan filem nipis di atas penyokong slaid kaca mikroskop. Untuk tujuan pengoptimuman, timol biru dipilih sebagai penunjuk pH dan dipegunkan di dalam filem. Filem nipis dicirikan menggunakan Spektrofotometer UL-Nampak. Kajian morfologi ke atas permukaan filem pula dilakukan dengan menggunakan Mikroskop Imbasan Elektron (MIE). Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa nisbah sol-gel:kitosan yang paling sesuai ialah 60:40 dengan mempertimbangkan dari segi morfologi permukaan filem, kelarutresapan, masa rangsangan dan juga keamatan spektrum. Selain itu, keputusan menunjukkan bahawa penunjuk pH berjaya dipegunkan dalam filem hibrid sol-gel-kitosan dan mampu mengekalkan sifat kimianya sebagaimana dalam larutan. Bahan penderia kimia ini didapati mempunyai kebolehulangan yang baik apabila bertindak dengan larutan penimbal dan menunjukkan nilai RSD yang baik iaitu 4.24% dan 5.96% dalam larutan penimbal pH 2.0 dan pH 11.0, masing-masingnya. Penunjuk pH terpegun turut menunjukkan kestabilan foto yang baik (RSD = 5.35%) untuk tempoh 8 jam. Walau bagaimanapun, kebolehasilan filem agak rendah dengan RSD yang bernilai 18.40% dan 31.22 % pada panjang gelombang 550 nm dan 600 nm masing-masing akibat daripada kelarut resapan].
  10. Iqbal Y, Ahmad N, Ihsanullah, Khan S, Saleem M
    The present study was to investigate the use of granular activated charcoal (GAC) as a potential material for removal of toxic aliphatic compounds by adsorption. Commercial granular charcoal was degassed at 105°C, 300°C and 800°C for a period of twenty-four hours, which was then used as an adsorbent for the adsorption of methylamine, dimethylamine and trimethylamine from their aqueous solutions at 25°C. The time dependence studies showed that four hours are the optimum time for the maximum adsorption of the alkylamines, irrespective of their nature and concentrations (0.005M & 0.01M). Adsorption was greater from higher concentration than lower concentration of adsorbate solution. Lower adsorption of alkylamines was observed when the charcoal was evacuated at high temperature. The adsorption sequence of alkylamines followed the order dimethylamine > trimethylamine > methylamine. The amount of adsorption using different adsorption isotherm, i.e. Freundlich and Langmuir were evaluated. L-type isotherms were also observed for the adsorption data. Further, the Langmuir and Freundlich isotherms were found applicable to the adsorption data and the values of the adsorption capacity i.e. "k" and monolayer adsorption capacity "b" were calculated and in agreement with the adsorption patterns.
    [Kajian dilakukan untuk melihat kegunaan arang teraktif granul sebagai bahan berpotensi untuk mengeluarkan sebatian alifatik toksik dengan jerapan. Arang granulat komersial dinyahgas pada 105°C, 300°C dan 800°C untukj angka masa 24 jam dan seterusnya digunakan sebagai penjerap bagi jerapan metilamina, dimetilamina dan trietilamina dari larutan akueus pada 25°C. Kajian kebergantungan masa menunjukkan bahawa masa optimum untuk jerapan maksimum alkil amina ialah 4 jam, tidak kita bentuk dan kepekatan (0.005M & 0.01 M). Pencapaian jerapan adalah lebih tinggi pada kepekatan tinggi dibandingkan dengan larutan jerap berkepekatan rendah. Jerapan rendah oleh alkilamina diperhatikan apabila arang dinyahgas pada suhu tinggi. Susunan jerapan alkilamina diperhatikan apabila arang dinyahgas pada suhu tinggi. Susunan jerapan alkilamina mengikut tertib dimetilamina > trimetilamina > metilamina. Amaun jerapan menggunakan isoterma jerapan berbeza, iaitu Freundlich dan Langmuir telah dinilai Isoterma jenis juga diperhatikan untuk data jerapan. Tambahan pula, isoterma Freundlich dan Langmuir didapati berguna untuk data jerapan dan nilai kapasiti jerapan, iaitu 'k' dan kapasiti jerapan lapisan mono dihitung dan didapati konsisten dengan corak jerapan].
  11. Ishak Ahmad, Norul Azwan Din, Affendi Mohamad, Azizah Abdul Aziz, Ibrahim Abdullah
    Blends of fiber-reinforced rubber (FRR) based on natural rubber-thermoplastic (NR/LLDPE) and epoxidized natural rubber ­thermoplastic (ENR/LLDPE) reinforced by aramid fibre have been done using melt blending process. Twaron aramid fibres (Teijin-Twaron) used in this project were treated with epoxy adhesion activated and resorcinol formaldehyde latex (RFL). It was found that with increasing amount of aramid fibre led to increase the maximum stress, tensile modulus, impact strength and hardness of the composites while the strain at break decreased rapidly. The results show that the optimum composition of filler loading in NR/LLDPE blend is 20%. However, in the case of the ENR/LLDPE composite, the tensile strength and modulus increase with increasing amount of the fibre above 20%. The results indicate that the interfacial adhesion between ENR/LLDPE and aramid is better than for the NR/LLDPE.
    [Penyediaan adunan getah asli termoplastik dan getah asli terepoksida termoplastik yang diperkuat dengan gentian aramid telah dilakukan melalui proses adunan leburan. Gentian aramid yang digunakan adalah gentian pendek Twaron (Teijin-Twaron) yang dirawat dengan bahan pelekat epoksi dan resorcinolformaldehid latex (RFL). Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa kesan penambahan gentian aramid telah meningkatkan tegasan maksima, modulus regangan, kekuatan hentaman dan kekerasan kedua-dua adunan tersebut tetapi menurunkan nilai terikan pada takat putus. Bagi adunan NR/LLDPE didapati komposisi gentian yang paling optima adalah pada 20%. Penambahan gentian aramid seterusnya hanya menurunkan sifat mekanik adunan. Sebaliknya bagi adunan ENR/LLDPE, didapati komposisi gentian melebihi 20% masih menunjukkan peningkatan tegasan maksima dan modulus regangan. Keputusan ini menunjukkan bahawa interaksi antaramuka gentian aramid dan matriks dalam adunan ENR/LLDPE lebih baik berbanding NR/LLDPE].
  12. Supian Samat, Siaw S
    IAEA in its publication year 2000 has recommended a worksheet for the determination of absorbed dose to water in an electron beam. We evaluated the worksheet via an absorbed dose to water determination work at a local radiotherapy center using a 12 MeV electron beam. We found that if several modifications are made, this IAEA worksheet will become more user-friendly and could facilitate and fasten the process of quality assurance audit. The modifications are given and discussed.
    [IAEA dalam penerbitannya tahun 2000 telah mengesyorkan satu helaian kerja untuk menentukan dos terserap kepada air dalam alur electron. Helaian kerja ini dinilai melalui satu kerja penentuan dos terserap kepada air di satu Pusat radioterapi tempatan menggunakan satu alur electron 12 MeV. Sekiranya beberapa pengubahsuai dibuat, helaian kerja IAEA ini akan menjadi lebih mesra pengguna dan dapat mempermudahkan dan mempercepatkan lagi proses audit jaminan kualiti. Pengubahsuaian ini diberikan dan dibincangkan].
    MeSH terms: Electrons; Publications; Publishing; Water; Physical Phenomena
  13. Husin Wagiran, Lim SE, Lee SK, Mohamad Yasin Sudin
    Amang are by-products obtained when tailings are processed into concentrated ores and other economical products such as monazite, (Ce, La, Th)PO4; zircon, ZrSiO4; ilmenite, FeTiO3; struverit; and xenotime, YPO4. Its could be extracted from amang for further usage. Tailings from these ores may have a significant potential to cause elevated radiation exposures. This project was carried out to measure the concentration of uranium and thorium in the waste and products produced after the processing of the amang and ilmenite ore. The concentration of uranium and thorium was determined using gamma ray spectrometer with HPGe detector. The concentration of uranium was determined by measuring the intensity of gamma ray emitted from its daughter nuclei 214Pb at 352 keV and 214Bi at 609 keV while the concentration of thorium was determined by measuring the intensity of gamma rays emitted from its daughter nuclei 228Ac at 911 keV and 208Tl at 583 keV. The concentration of uranium and thorium in ppm obtained in this study are as follows: raw amang (83 -383) and (174 - 1566); ilmenite (149 - 290) and (301- 575); monazite (2303 - 4070) and (9641 – 60061); zircon (963 - 1192) and (353 - 583) and waste (22 - 98) and (44 - 223) respectively. Rutile and iron oxide was obtained from ilmenite. The concentration of uranium and thorium in rutile was 50 and 72 ppm and from iron oxide was 336 and 379 ppm respectively. These values are considered high compare to normal sand and could pose danger to the surrounding.
    [Amang adalah hasil sampingan yang diperoleh semasa pengekstrakan tahi timah kepada logam tulennya. Pelbagai hasil yang berekonomi seperti monazit, (Ce,La,Th)YPO4; zirkon, ZrSiO4; ilmenit, FeTiO3; struverit; dan xenotim, YPO4 boleh diekstrak daripada amang bagi kegunaan seterusnya. Pemprosesan tahi bijih ini berkeupayaan mendatangkan pendedahan sinaran yang tidak diingini. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kandungan uranium dan torium yang terkandung dalam sisa dan hasil yang dikeluarkan semasa pemprosesan amang dan ilminit. Kepekatan kandungan uranium dan tarium ditentukan menggunakan spektrometer sinar gama dengan pengesan HPGe. Kandungan uranium ditentukan dengan mengukur keamatan sinar gama yang dipancarkan daripada nukleus anaknya, iaitu 214Pb pada tenaga 352 keY dan 214Bi pada tenaga 609 keY, manakala kandungan torium ditentukan dengan mengukur keamatan sinar gama yang dipancarkan oleh nukleus anaknya, iaitu 228Ac pada tenaga 911 keY dan 208Tl pada 583 keY. Kandungan uranium dan torium dalam ppm yang diperoleh daripada kajian ini masing-masing adalah seperti berikut: amang mentah (83 - 383) dan (174 -1566); ilmenit (149 - 290) dan (301 - 575); monazit (2303 - 4070) dan (9641 - 60061); zirkon (963 -1192) dan (353 -583) dan sisa (22 - 98) dan (44 - 223). Kandungan uranium dan torium dalam rutil masing-­masing ialah 50 and 72 ppm, manakala dalam ferum oksida ialah 336 dan 379 ppm. Nilai yang diperolehi ini adalah tinggi berbanding dengan pasir biasa semula jadi dan berpotensi mendatangkan kemudaratan kepada persekitaran].
  14. Faridah Lisa Supian
    The International Atomic Energy Agency (IAEA) in 1992 has reported a 60Co gamma factor ГIAEA-Co-60 as 0.351 mSv m-2 (GBq h)-1. Experiments that were carried-out in 2003 at the Malaysian Institute for Nuclear Technology (MINT) obtained a gamma factor, ГEKS-Co-60 as 0.368 + 0.017 mSv m-2 (GBq j)-1. Despite a difference of 4.84%, ГEKS-Co-60 is considered closer to ГIAEA-Co-60 as three previously reported value have recorded a larger difference. In fact, the range of ГEKS-Co-60 i.e. 0.351-0.385 covers ГIAEA-Co-60.
    [Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada tahun 1992 telah melaporkan faktor gama 60Co, ГIAEA-Co-60 sebagai 0.351 mSv m-2 (GBqj)-1. Eksperimen yang dilakukan di Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear (MINT) pada tahun 2003 mendapati faktor gama 60Co, ГEKS-Co-60 sebagai 0.368 + 0.017 mSv m-2 (GBq j)-1. Walaupun perbezaan sebanyak 4.84%, ГEKS-Co-60 dianggap dekat dengan ГIAEA-Co-60, kerana tiga nilai yang dilaporkan sebelum ini mempunyai perbezaan yang lebih besar. Lagipun, julat ГEKS-Co-60 iaitu 0.351-0.385 merangkumi ГIAEA-Co-60].
  15. Shaharir bin Mohamad Zain, Nik Rusdi bin Yaakub
    It is shown that for an arbitrary simple harmonic oscillator, the square of the modulus of the corresponding Schroedinger’s wave function which is initially a normal distribution, is a normal distribution with variable mean and variance. Furthermore, the square of the modulus of the wave function satisfies a diffusion equation with a variable drift coefficient which depends on the derivative of the phase of the wave function, and a source which depends not only on the classical potential of the oscillator but also on the first and second derivatives of the phase of the wave function. The modulus of the wave function also satisfies a diffusion equation with the same diffusion and drift coefficients, but a different source. A similar result holds in terms of the corresponding phase of the harmonic ascilator with an arbitrary square integrable function as the initial condition. This gives a new light on the nature of the the probability interpretation of the modulus square of the wave function which is now directly related to a killing stochastic process X the killing X such that dX = adt + b dB, where a is a known drift coefficient, b2/2 is a known diffusion coefficient, and B is the standard Wiener process.
    [Kuasa dua atau kuadrat modulus fungsi gelombang Schroedinger pengayun harmonik ringkas yang bersyarat awalnya taburan normal ditunjukkan memenuhi taburan normal dengan min dan varians yang berubah. Oleh itu kuasa dua modulus fungsi gelombang ini memenuhi persamaan resapan yang berpekali/berkoefisien resapan malar/konstan yang berkadaran dengan pemalar/konstan Planck, berpekali hanyutan/pergeseran yang berkadaran dengan terbitan/turunan derivatif fasa/fase fungsi gelombang tersebut, dan bersumberkan kuantiti/kuantitas yang berkadaran dengan hasil tambah atau jumlah potensi/potensial klasik pengayun harmonik itu, satu sebutan/suku kuadratik, dan ungkapan/ekspresi dalam sebutan terbitan pertama dan kedua fungsi gelombang. Modulus fungsi gelombang itu juga memenuhi persamaan resapan dengan pekali resapan dan hanyutan yang sama, tetapi dengan sumber yang berbeza dan lebih simpel. Hasil yang serupa berlaku untuk syarat awal yang berupa sembarang fungsi yang kuasa duanya/kuadratnya terkamirkan/terintegralkan. Hasil ini memberi cahaya baru ke atas tabii tafsiran/interpretasi kebarangkalian/peluang/ probabilitas bagi/daripada kuasa dua fungsi gelombang kerana kini terserlah pula hubungannya secara langsung dengan satu proses stokastik, pembunuhan X sehingga dX = a dt + b dB, dengan a diketahui sebagai pekali hanyutan dan b2/2 diketahui sebagai pekali resapan, dan B ialah proses Wiener piawai/baku/standar].
  16. Ainul Hafiza A.H., Yusof N., Maimon A.
    A laboratory study was carried out to study the microbiological quality of local honey and its potential as an antibacterial agent. Five local honeys namely, Belimbing, Gelam (Sample 1,2, and 3), Durian (Sample 1 and 2), Kelapa and Tualang were studied. Microbial colony count of each sample was determined using filtration method. Screening for antibacterial action against Staphylococcus aureus was carried out using agar diffusion method. The result showed that all samples had low colony counts ranging from 37 cfu/ml in Kelapa honey to 161 cfu/ml in Durian honey (Sample 2). All samples showed a very clear zone of inhibition for bacterial growth and there was significant difference (ANOVA, p<0.05) among the samples. Belimbing honey showed the biggest diameter (2.1cm) and Gelam honey – Sample 3 had the smallest (1.7 cm).
    [Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kualiti mikrobiologi madu tempatan dan keupayaannya sebagai agen antibakteria. Lima madu tempatan iaitu Belimbing, Gelam (Sampel 1, 2, dan 3), Durian (Sampel 1 dan 2), Kelapa dan Tualang telah dikaji. Bilangan koloni mikrob ditentukan menggunakan kaedah turasan. Sifat antibakteria terhadap Staphylococcus aureus pula dikaji menggunakan kaedah serapan agar. Keputusan menunjukkan bahawa semua sampel mempunyai bilangan koloni yang rendah sekitar 37 cfu/ml dalam madu Kelapa hingga 161 cfu/ml dalam madu Durian – Sampel 2. Semua sampel menunjukkan kesan rencatan pertumbuhan bakteria dan terdapat perbezaan ketara (ANOVA, p
  17. Zainal Abidin B.A.H., Rosnizar M. Jarnil, Noran Majid, Idris A.B., Sajap A.S., Hussan A.K.
    Several conventional staining techniques were employed to detect the life stages (in particular the spores) of Nosema bombycis from infected larvae of Plutella xylostella (diamondback moth, DBM) and the effects of the infection of N. bombycis on the larvae were studied. Larval instars 1, 2, 3 and 4 of the DBM were infected with four different spore concentrations (407150, 41420, 4260 and 420 spores/μl) accordingly by allowing them to feed on artificial diet previously inoculated with the respective spore concentrations. Larval tissues were processed for staining and the number of spores were counted and direct observations on the larvae were carried out at 24, 48 and 72 h post infection. The Gram s, Giemsa's, haematoxylin and trichrome staining techniques were more superior in detecting the spores, sporonts and meronts than the good Pasteurs. The main effect of the infection was mortality which was dose-dependent and that the younger ins tars were more susceptible to infection than the older ones. Spore concentrations of 407150, 41420 and 4260 spores/μl) caused death to the instars whereas the dose of 420 spores)μl was unable to kill the larval instars. The mortality rate of the younger instars was significantly higher (p<0.001) than the older ones. The LC50 and LC95 values of instar 1 and 2 were lower than those of the instar 3 and 4 after 48 and 72 h post infection. This showed that high spore concentrations were needed to kill the bigger size and matured instars. Histological studies on the infected larvae indicated that the infection caused severe cellular damages in fat tissues and the intestine leading to death. Results of this studies showed that life stages of N. bombycis in particular the spores were detected effectively using conventional staining techniques and the infectivity and the effects of the infection on the larval tissues of DBM were also established.
    [Beberapa teknik pewarnaan biasa telah digunakan untuk mengesan peringkat hidup Nosema bombycis (khususnya spora) yang terdapat pada larva Plutella xylostella (rama-rama belakang intan, DBM) yang terjangkit begitujuga kesan jangkitan spora ini ke atas larva telah dikaji. Larva instar 1,2,3 dan 4 DBM yang bebas daripadajangkitan spora telah dijangkiti dengan empat kepekatan spora (407150, 41420, 4260 dan 420 spora/μl) secara berasingan dengan membiarkan larva ini memakan makanan buatan yang telah dicemari dengan kepekatan spora tersebut. Pemprosesan tisu dengan teknik pewarnaan, penentuan kepekatan spora daripada larva dan cerapan langsung telah dilakukan dalam tempoh 24, 48 dan 72 j selepas jangkitan. Didapati teknik pewarnaan Gram, Giemsa, hematoksilin dan trikrom lebih sesuai untuk mengesan spora, sporon dan meron daripada tisu larva yang terjangkit berbanding teknik 'good Pasteur'. Kesan utama jangkitan spora ialah kematian larva yang bergantung kepada kepekatan spora yang digunakan dan didapati ins tar yang lebih muda adalah lebih rentan terhadap jangkitan ini berbanding instar yang lebih matang. Kepekatan spora 407150, 41420 dan 4260 spora) μl boleh menyebabkan kematian manakala kepekatan spora terendah (420 spora/)1.l) tidak menyebabkan kematian. Kadar kematian instar yang lebih muda lebih tinggi (p<0.001 ) berbanding instar yang lebih matang. Nilai LC50 dan LC95 bagi instar 1 dan 2 lebih rendah berbanding instar 3 dan 4, selepas 48 dan 72 j jangkitan. lni menunjukkan bahawa kepekatan spora yang lebih tinggi diperlukan untuk membunuh instar yang bersaiz lebih besar dan lebih matang. Bilangan spora terendah diperolehi pada tempohjangkitan 24 j manakala bilangan spora tertinggi diperolehi pada tempoh jangkitan 72 j. Kajian histologi ke atas tisu larva terjangkit mendapati kerosakan terjadi pada tisu lemak dan usus yang menyebabkan kematian. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa peringkat hidup N bombycis khususnya spora dapat dikesan dengan baik menerusi teknik pewarnaan yang biasa dan kebolehjangkitan parasit ini dan kesannya kepada larva DBM telah diketahui].
  18. Hasnah Haron, Osman Hassan, Mamot Said
    This study comprised of physicochemical characterizations of starch extracted from Msp94 sweet potato tuber and production of high fructose glucose syrup from the starch. Msp94 sweet potato starch consisted of 7.3% water, 0.2% protein, 0.4% fat, 1.3% total ash, 94.8% total carbohydrates, 83.0% starch and 20.6% apparent amylose. The starch granules were spherical, polygonal and irregular in shapes with the size of 13-14 mm. Enzymatic hydrolysis of Msp94 sweet potato starch for 24,48, 72 hours, using a mixture of amyglucosidase-pullulanase enzymes during saccharification process, produced starch hydrolysates with dextrose equivalent (DE) of 94.8, 99.1, 99.3 respectively. This is followed by reduction in viscosity of the starch hydrolysates. Conversion of the Msp94 starch to percent of glucose after hydrolysing for 24,48 and 72 hours were 97.1%, 109.5% and 103.2%, respectively. Msp94 starch hydrolysates was then purified using three types of ion exchange resins and isomerized to highfructose syrup using glucose isomerase enzyme (Sweetzyme T). Thefructose content in isomerized Msp94 syrup was (43.8-46.5%) was comparable to the fructose content (44%) in commercial High Fructose Corn Syrup (HFCS) 42.
    [Kajian ini merangkumi pencirian fizikokimia kanji yang diekstrak daripada ubi keledek Msp94 dan penghasilan sirap glukosa berfruktosa tinggi daripada kanji ini. Kanji ubi keledek Msp94 mengandungi 7.3% air, 0.2% protein, 0.4% lemak, 1.3% abu total, 94.8% karbohidrat total, 83.0% kanji dan 20.6% amilosa ketara. Purata saiz granul kanji adalah 13-14 mm, berbentuk bulat, poligon dan bentuk yang tidak tetap. Hidrolisis berenzim menggunakan gabungan enzim glukoamilase-pululanase dalam proses sakarifikasi, yang dijalankan ke atas kanji ubi keledek Msp94 selama 24, 48, 72 jam menghasilkan hidrolisat kanji dengan setaraan dekstrosa (DE) masing-masing pada 94.8, 99.1, 99.3. 1ni diikuti dengan kelikatan hidrolisat kanji yang semakin menurun. Penukaran kanji Msp94 kepada peratus glukosa adalah sebanyak 97.1 %, 109.5% dan 103.2% setelah dihidrolisis selama 24,48 dan 72 jam. Hidrolisat kanji Msp94 ditulenkan menggunakan tiga jenis resin penukar ion dan diisomer kepada sirap berfruktosa tinggi menggunakan enzim glukosa isomerase (Sweetzyme T). Kandungan fruktosa (43.8-46.5%) dalam sirap Msp94 yang telah diisomer adalah setara dengan kandunganfruktosa (44%) dalam sirap komersial, High Fructose Corn Syrup (HFCS) 42].
    MeSH terms: Amylose; Fructose; Glucose; Glycoside Hydrolases; Hydrolysis; Ion Exchange Resins; Starch; Viscosity; Water; Aldose-Ketose Isomerases; Ipomoea batatas; Plant Tubers; Basic Helix-Loop-Helix Transcription Factors; High Fructose Corn Syrup
  19. Shaharir bin Mohamad Zain, Nik Rusdi bin Yaacob
    Kuasa dua atau kuadrat modulus fungsi gelombang Schroedinger pengayun harmonik ringkas yang bersyarat awalnya taburan normal ditunjukkan memenuhi taburan normal dengan min dan varians yang berubah. Oleh itu kuasa dua modulus fungsi gelombang ini memenuhi persamaan resapan yang berpekali resapan malar yang berkadaran dengan pemalar Planck, berpekali hanyutan yang berkadaran dengan terbitan/derivatif fasa fungsi gelombang tersebut, dan bersumberkan kuantiti yang berkadaran dengan hasil tambah atau jumlah potensi klasik pengayun harmonik itu: satu sebutan kuadratik, dan ungkapan/ekspresi dalam sebutan terbitan pertama dan kedua fungsi gelombang. Modulus fungsi gelombang itu juga memenuhi persamaan resapan dengan pekali resapan dan hanyutan yang sama, tetapi dengan sumber yang berbeza dan lebih simpel. Hasil yang serupa berlaku untuk syarat awal yang berupa sembarang fungsi yang kuasa duanya terkamirkan. Hasil ini memberi cahaya baru ke atas tabii tafsiran kebarangkalian bagi kuasa dua fungsi gelombang kerana kini terserlah pula hubungannya secara langsung dengan satu proses stokastik: pembunuhan X sehingga
    dX = a dt + b dB, dengan a diketahui sebagai pekali hanyutan dan b**2/2 diketahui sebagai pekali resapan, dan B ialah proses Wiener piawai.
    MeSH terms: Animals; Ataxia Telangiectasia; Autonomic Nervous System Diseases; Gastropoda
  20. Nur Riza M. Suradi, Teh SL
    This paper discusses the multilevel approach in constructing a model for estimating hierarchically structured data of students' performance. Multilevel models that take into account variation from the clustering of data in different levels are compared to regression models using least squares method. This study also estimates the contributions of gender and ethnic factors on students' performance. Performance data of866 students in a science faculty in an institution of higher learning is obtained and analyzed. This data is hierarchically structured with two levels, namely students and departments. Analysis findings show different parameter estimates for both models. Also, the multilevel model which incorporates variability from different levels and predictors from higher levels is found to provide a better fit for model explaining students' performance.
    [Rencana ini membincangkan pendekatan multitahap dalam pembinaan model penganggaran pencapaian pelajar yang mempunyai struktur data hierarki. Model multitahap yang mengambil kira variasi data yang berpunca dari pengelompokan data pada tahap-tahap yang berbeza dibandingkan dengan model regresi linear yang menggunakan kaedah kuasa dua terkecil. Seterusnya kajian ini menganggar sumbangan faktor jantina dan etnik ke atas pencapaian pelajar. Data pencapaian akademik seramai 866 pelajar fakulti sains di sebuah institusi pengajian tinggi telah diperoleh dan dianalisis. Data pelajar ini berstruktur hierarki dengan dua tahap, iaitu pelajar dan jabatan. Hasil kajian menunjukkan kedua-dua kaedah memberikan penganggaran yang berbeza. Malah, didapati model multitahap yang memasukkan variasi dari tahap-tahap berlainan dan pembolehubah peramal dari tahap yang lebih tinggi memberikan padanan model lebih baik bagi menerangkan pencapaian pelajar].
    MeSH terms: Faculty; Students; Cluster Analysis; Least-Squares Analysis; Multilevel Analysis
External Links