Affiliations 

  • 1 Institut Pengurusan Kesihatan
  • 2 Hospital Sultanah Aminah
  • 3 Hospital Kuala Lumpur
  • 4 Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
  • 5 Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan
  • 6 Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • 7 Institut Perubatan Respiratori
  • 8 Hospital Melaka
  • 9 Kementerian Kesihatan Malaysia
MyJurnal

Abstract

Tujuan menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap kekerapan penyelidikan yang berkaitan dengan kesihatan mental yang dijalankan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebanyak 258 fasiliti Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam kajian ini meliputi Hospital Mental, Hospital dengan perkhidmatan Pakar Psikiatri, Hospital tanpa perkhidmatan Pakar Psikiatri dan Pejabat Kesihatan Daerah. Borang kajiselidik telah dihantar melalui pos kepada Pengarah Hospital dan Pegawai Kesihatan Daerah dengan kadar maklumbalas 70.2%. Hasil kajian mendapati hanya 23(13.1%) fasiliti sahaja yang menjalankan kajian mengenai kesihatan mental. Sebanyak 37 kajian berkaitan kesihatan mental telah dijalankan bagi tahun 2003-2004. Penyebab utama penyelidikan kurang dijalankan disebabkan oieh peruntukan yang tidak mencukupi dan tiada kepakaran untuk menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan kesihatan mental. Antara penyebab lain adalah kekurangan anggota, NGO tidak berminat dan tiada latihan. Kesimpulannya menunjukkan tahap penyelidikan kesihatan mental di fasiliti Kementerian Kesihatan masih rendah.