Abstract

The Semantan Formation which is Middle to Upper Triassic age, comprises a rapidly alternating sequence of carbonaceous shale, siltstone and rhyolite tuff with a few lenses of chert, conglomerate and recrystallised limestone. The shale and tuff make up the bulk of the sequence. Jaafar Ahmad (1976) was introduced the formation name of the rock sequence in Karak-Temerloh area, but the similar sequence (in term of lithology, paleontology and structural pattern) found in the other areas were given different names. After an extensive study, the following formations or part of them, may be include in the Semantan Formation; Raub Series (Scrivenor 1911); Calcareous Formation (Richardson 1939); Calcareous Series (Richardson 1947); Younger arenaceous Series (Alexander 1956); Raub Group (Alexander 1959); Jengka Pass Formation (Ichikawa et al. 1966); Kerdau Formation (Burton 1973a); part of Jelai Formation (Burton 1973a); Gemas Formation (Lum 1977); Jurong Formation (Burton 1973a); Pahang Volcanic Series (Hutchison 1973c).
Formasi Semantan merupakan jujukan batuan sedimen yang berusia Trias Tengah - Akhir di Jalur Tengah Semenanjung Malaysia. Jujukan ini terdiri daripada selang lapis batuan syal berkarbon, batu lodak, dan batu pasir yang kebanyakannya bertuf, serta terdapat kekanta konglomerat, batu kapur dan rijang dalam selang lapis ini. Syal adalah unit yang paling dominan dalam formasi ini. Jaafar Ahmad (1976) menamakan jujukan ini untuk kawasan Karak - Temerloh, tetapi jujukan yang serupa (dari segi litologi, paleontologi dan gaya struktur) juga ditemui di kawasan lain, tetapi dipanggil dengan nama lain. Dari hasil kajian menyeluruh yang telah dijalankan, didapati nama-nama unit batuan berikut atau sebahagian daripadanya mungkin merupakan penamaan yang serupa untuk Formasi Semantan, iaitu Siri Raub (Scrivenor 1911), Formasi Berkapur (Richardson 1939), Siri Berkapur (Richardson 1947), Siri Arenit Muda (Alexander 1958), sebahagian Kumpulan Raub (Alexander 1959), Formasi Jengka Pass (Ichikawa et al. 1966), Formasi Kerdau (Burton 1973a), sebahagian Formasi Jelai (Burton 1973a), Formasi Gemas (Lum 1977), Formasi Jurong (Burton 1973a) dan Siri Volkano Pahang (Hutchison 1973).