Abstract

Kolagen jenis 1 α- 2 adalah salah satu daripada kolagen yang dapat ditemui dalam tisu pulpa gigi. Kolagen jenis 1 membentuk hampir 56% daripada kawasan intraselular di dalam pulpa. Objektif kajian ini adalah untuk memencilkan gen Col1A2 daripada tisu pulpa Orycytolagus cuniculus. Gen penyelenggara, iaitu gen gliseraldehid 3-fosfat dehidrogenase (GAPDH) telah dipilih sebagai gen kawalan positif. Pencetus spesifik bagi kedua-dua gen Col1A2 dan GAPDH telah direkabentuk berdasarkan perisian Primer Premier Versi 5 berdasarkan jujukan yang diperolehi daripada NCBI (National Center for Biotechnology Information) RNA dipencilkan daripada tisu pulpa Oryctolagus cuniculus. Kedua-dua gen telah diamplifikasi dan hasil produk PCR, bersaiz 893 pb (Col1A2) dan 229 pb (GAPDH) telah didapati. Hasil analisis jujukan menunjukkan bahawa klon, Col1A2 mempunyai hampir 99% persamaan manakala GAPDH mempunyai 100% persamaan dengan jujukan yang terdapat dalam pengkalan data NCBI. Ini menunjukkan transkrip Col1A2 berjaya dikesan daripada tisu pulpa O. cuniculus dewasa.