Sains Malaysiana, 2012;41:293-297.

Abstract

Kekasaran permukaan amat mempengaruh tingkah-laku ricihan dan nilai sudut geseran puncak sesuatu satah ketakselanjaran. Oleh yang demikian, kekasaran permukaan merupakan faktor yang penting yang perlu dinilai dalam menentukan kestabilan struktur pengorekan dalam jasad batuan. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menentukan kekasaran permukaan ketakselanjaran. Kertas ini memperkenalkan satu pendekatan yang mudah dalam bentuk dua rumus polinominal yang boleh digunakan untuk mengkorelasi sudut geseran puncak ketakselanjaran (φp) batuan syis segar dan terluluhawa sedikit dengan pekali kekasaran kekar, PKK. Rumus polinominal ini ialah φp= -0.022PKK2 + 3.21PKK + 28.1 untuk ketakselanjaran segar dan φp= -0.025PKK2 + 3.24PKK + 26.6 untuk ketakselanjaran terluluhawa sedikit. Kedua-dua rumus ini memperlihatkan nilai pekali penentuan, R2 = 0.98. Hasil kajian ini menawarkan satu kaedah alternatif penganggaran φp satah ketakselanjaran daripada nilai PKK yang diukur pada permukaan ketakselanjaran di lapangan.