Sains Malaysiana, 2014;43:751-756.

Abstract

Kekasaran permukaan satah ketakselanjaran adalah parameter penting untuk penilaian kestabilan struktur pengorekan dalam jasad batuan kerana ia mempengaruhi tingkah-laku ricihan dan nilai sudut geseran puncak satah tersebut. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menentukan kekasaran permukaan ketakselanjaran. Kertas ini memperkenalkan satu pendekatan yang mudah dalam bentuk tiga (3) persamaan polinominal untuk mengkorelasikan sudut geseran puncak ketakselanjaran (fp) batuan granit segar, terluluhawa sedikit dan terluluhawa sederhana dengan pekali kekasaran kekar, (JRC). Persamaan polinominal ketakselanjaran batuan granit segar ialah fp1 = -0.071JRC2 + 3.56JRC + 35.6. Persamaan polinominal ketakselanjaran batuan granit terluluhawa sedikit dan terluluhawa sederhana masing-masing ialah fp2 = -0.087JRC2 + 4.32JRC + 34.1 dan fp3 = -0.133JRC2 + 5.08JRC + 29. Hasil kajian ini memberikan satu kaedah alternatif penganggaran nilai fp satah ketakselanjaran daripada penentuan nilai PKK pada permukaan ketakselanjaran batuan granit di lapangan.