Pembinaan semula lengkung banyak digunakan dalam kejuruteraan balikan untuk menghasilkan lengkung. Dalam kajian ini, evolusi pembezaan (EP) digunakan untuk mencari nilai titik kawalan yang optimum bagi lengkung Bézier kubik. Nilai titik kawalan yang diperoleh akan digunakan dalam persamaan lengkung Bézier kubik dan jumlah ralat antara imej sebenar dengan lengkung parametrik yang baru dihitung dengan menggunakan jumlah ralat kuasa dua (JRKD).