Sains Malaysiana, 2015;44:891-898.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk menilai kesan penggunaan tiga spesies rumpai laut iaitu Ulva sp., Gracilaria sp. dan
Kappaphycus sp. sebagai agen penapis semula jadi untuk menstabilkan pengkulturan rotifer dengan menggunakan
petunjuk kaedah kuantitatif iaitu membandingkan nilai pertumbuhan seketika per hari rotifer Brachionus plicatilis. Kadar
pertumbuhan seketika per hari rotifer dengan penggunaan Ulva sp. (p<0.01), Gracilaria sp. (p<0.05) dan Kappaphycus
sp. (p<0.05) pada berat basah 7 g dalam 10 L air laut menunjukkan kesan yang ketara berbanding kawalan. Bagi
kesemua rumpai laut yang diuji, keputusan menunjukkan setelah tercapainya nilai min kadar pertumbuhan seketika per
hari rotifer yang tertinggi, penambahan jumlah berat penggunaan rumpai laut memberikan kesan penurunan kepada
kadar pertumbuhan seketika rotifer. Keputusan menunjukkan Ulva sp. sesuai digunakan sebagai penapis biologi.