Affiliations 

  • 1 Sekolah Pendidikan
  • 2 Universiti Teknologi Malaysia
MyJurnal

Abstract

Kemajuan negara dan perkembangan bangsa adalah berdasarkan sistem pendidikan yang diamalkan. Pendidikan yang baik dapat melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan menghargai kehidupan. Hal ini telah mencetuskan Wawasan Pendidikan Negara yang merupakan inti pati kepada Wawasan 2020. Usaha menyemai nilai murni dan perubahan pendidikan dalam kalangan pelajar kini turut terletak di bahu guru. Sifat kepimpinan yang terdapat pada guru amat penting dalam pembentukan wawasan pendidikan terutama gaya kepimpinan yang digunakan terhadap pelajar. Berdasarkan hala tuju yang telah digariskan, guru perlu menggunakan gaya kepimpinan yang diamalkan secara menyeluruh bagi memastikan segala aktiviti atau strategi yang dirancang mengikut hala tuju tersebut. Peranan seorang guru dalam membentuk wawasan ini juga membantu memberi kefahaman kepada guru dalam segala tindak tanduk yang perlu dilakukannya bagi mencapai Wawasan Pendidikan Negara