Affiliations 

  • 1 National Defence University of Malaysia
  • 2 Universiti Kebangsaan Malaysia
MyJurnal

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dengan menghasilkan dua sistem komposit iaitu komposit epoksi berpengisi montmorillonite (MMT) dengan dan tanpa cecair getah asli terepoksida (LENR) secara kaedah pencampuran in situ. Komposit telah di pra-matang pada tiga suhu iaitu pada suhu 30 °C, 50 °C atau 70 °C . Kedua dua sistem dimatang pada suhu 130 °C atau 140 °C. Ujian hentaman Izod dan ujian keliatan patah ke atas komposit yang dihasilkan menunjukkan peningkatan maksimum sebanyak 44% dengan penambahan MMT dan 29% peningkatan dengan penambahan getah asli terepoksida. Selain kandungan MMT, suhu pra matang 70 °C memberikan kesan yang ketara terhadap kekuatan hentaman dan keliatan patah sistem epoksi berpengisi MMT. Suhu pra-matang 50 °C merupakan suhu yang optimum dan berupaya memberikan kekuatan hentaman dan keliatan patah yang baik kepada sistem epoksi berpengisi MMT getah asli terepoksida. Suhu matang bagi kedua dua sistem tidak memberikan kesan yang ketara kepada sifat mekanikal kedua dua sistem komposit ini. Pemeriksaan mikrostruktur melalui mikroskop elektron transmisi menunjukkan MMT tertabur dengan susunan interkalasi. Peningkatan kandungan MMT melebihi 1 % berat menunjukkan kehadiran taktoid dan penggumpalan silikat.