Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
Medicine & Health, 2017;12(1):94-98.
MyJurnal

Abstract

Selulitis orbital merupakan jangkitan tisu di sekitar mata di dalam ruangan orbit yang
termasuk saraf mata. Ia boleh menyebabkan komplikasi yang membawa kematian
sekiranya merebak melalui saraf mata dan ke otak. Penyebab utama jangkitan
adalah termasuk perebakan jangkitan sinusitis dari ruangan paranasal atau melalui
selulitis preseptal. Kes ini menggambarkan jangkitan di luar kebiasaan mengenai
jangkitan orbital selulitis yang berlaku akibat luka torehan pada konjunktiva mata
yang disebabkan oleh kemalangan. Rawatan antibiotik sistemik yang agresif
mengurangkan risiko komplikasi penglihatan. Kesemua luka pada atau sekelililng
mata haruslah dirawat dengan sebaiknya bagi mengelakkan berlakunya komplikasi
yang membahayakan.