'Carotid-cavernous fistula' (CCF) boleh berlaku secara spontan atau akibat kecederaan. Disebabkan komplikasi pada mata, proses mengenalpasti penyakit dan rawatan tidak harus ditangguhkan. Kami ingin melaporkan satu kes di mana seorang wanita tua yang mengalami kemerahan mata dan kemudiannya mata menjadi semakin bengkak. Beliau disyaki menghidapi penyakit CCF tetapi pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer pada otak dilaporkan normal. Pesakit kemudiannya dijadualkan untuk cerebral angiografi dan beliau dikenalpasti menghidap penyakit CCF. Malangnya, pesakit tersebut mengalami komplikasi seperti retinopati stasis vena dan glaukoma neovascular disebabkan rawatan tergendala. Penglihatan beliau tidak dapat disembuhkan walaupun rawatan agresif telah diberikan. Kes ini bertujuan untuk menekankan kepentingan mengesyaki sesuatu penyakit melalui pemeriksaan klinikal walaupun dengan imbasan imej yang normal. Ini adalah untuk mengelakkan komplikasi seperti kebutaan yang tidak dapat disembuhkan.