Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
  • 2 Sunway Damansara Specialist Centre
Medicine & Health, 2020;15(2):306-312.
MyJurnal

Abstract

Sindrom distensi beg kapsul ialah salah satu komplikasi yang jarang berlaku selepas fakoemulsifikasi dengan implan kanta intraokular dimasukkan ke dalam bag kanta dalam mata. Kami menerangkan satu kes sindrom distensi beg kapsul yang berlaku pada seorang lelaki berusia pertengahan yang menjalani fakoemulsifikasi dengan ‘plat haptic’ implan kanta intraokular (Zeiss CT ASPHINA 509MP) ke dalam mata kanan. Penglihatan mata kanan semasa pemeriksaan susulan 1 minggu and susulan 5 minggu selepas pembedahan tidak menunjukan penambahbaikan dengan refraksi kuasa mata bertukar menjadi minus 2.5 diopter. Tekanan intraokular hanya meningkat pada 2 jam selepas pembedahan dan normal semasa pemeriksaan susulan berikutnya. Beg kapsul distensi telah disahkan dengan menggunakan IOL Master 700. IOL Master 700 menunjukkan pengasingan abnormal beg kapsul dari implan kanta intraokular. Diagnosis sindrom distensi beg kapsul yang disebabkan oleh pengekalan viskoelastik dibuat. Pengeluaran viskoelastik yang tertinggal di dalam mata kanan telah dilakukan dan sindrom distensi beg kapsul berjaya diselesaikan dengan penglihatan mata kanan kembali ke 6/6. Oleh itu, pengeluaran viskoelastik dengan sepenuhnya semasa fakoemulsifikasi dengan ‘plat haptic’ implan kanta intrakular adalah penting untuk mengelakkan sindrom distensi beg kapsul.