Masalah kesuburan disebabkan oleh faktor lelaki semakin meningkat dan setakat ini belum ada rawatan yang berjaya
menyelesaikan masalah ini. Gynura procumbens adalah antara herba yang dikatakan berpotensi merawat masalah ini.
Pengambilan G. procumbens sebagai diet telah didapati meningkatkan bilangan dan motiliti sperma, namun kesan G.
procumbens terhadap integriti DNA sperma masih tidak diketahui. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
kesan tindakan ekstrak G. procumbens terhadap integriti DNA dan kualiti sperma mencit jantan. Empat kumpulan mencit
diberikan suapan paksa ekstrak G. procumbens (100, 200 dan 300 mg/mL) dan air suling selama 28 hari berturut-turut.
Keputusan kajian menunjukkan ciri-ciri DNA nukleus sperma adalah normal dan nilai peratusan DNA utuh melebihi 92%
pada semua kumpulan. Bilangan sperma bagi kesemua mencit yang menerima rawatan G. procumbens menunjukkan
peningkatan yang signifikan (p<0.05) berbanding kawalan (8.14 ± 1.06) × 106
dan kumpulan 300 mg/mL menunjukkan
bacaan bilangan sperma tertinggi (16.54 ± 3.2) × 106
. Kumpulan kepekatan 300 mg/mL ini turut mencatatkan peratus
jumlah pergerakan progresif sperma yang paling tinggi iaitu sebanyak 49.52% berbanding 27.7% bagi kumpulan kawalan
serta menunjukkan peringkat perkembangan sel spermatogen yang lengkap dan teratur. Secara kesimpulannya, kajian
ini mendapati bahawa ekstrak G. procumbens tidak merosakkan DNA sperma serta meningkatkan beberapa parameter
kesuburan mencit jantan.