Sains Malaysiana, 2018;47:517-522.

Abstract

Enzim RNA-bergantung RNA polimerase adalah sasaran dadah yang menarik untuk mengubati jangkitan denggi. Analog
nukleosida menyerupai substrat asal enzim polimerase. Ia bertindak sebagai perencat atau substrat kepada enzim ini lalu
menyebabkan penamatan pramatang bebenang DNA/RNA atau penghasilan DNA/RNA yang rosak. Ini akan menghentikan
proses replikasi virus. Kajian dok molekul untuk mengenal pasti interaksi molekular antara enzim dan ligannya telah
dilakukan berdasarkan maklumat yang diperoleh berkenaan struktur kristal domain RdRp. Tapak pengikat-ligan domain
RdRp yang terdiri daripada sisa asid amino Asn492, Asn405, Lys401, Thr605 dan Gly601 telah dikenal pasti setelah
pengedokan analog nukleosida yang boleh didapati secara komersial dijalankan. Pengedokan analog nukleosida yang
menyerupai substrat asal RdRp ke dalam tapak pengikat menunjukkan mod pengikat-ligan dengan ikatan hidrogen,
aromatik-π dan interaksi cas adalah interaksi utama yang terlibat. Kajian ini juga memberi maklumat berkenaan
farmakofor analog nukleosida yang boleh digunakan dalam reka-bentuk dadah berasaskan struktur terhadap sasaran
penting ini.