Peranan dan kebolehpercayaan halal produk yang berasal dari negara majoriti muslim seperti Arab Saudi,Mesir, Jordan dan UAE bolehdipertikaikan. Kebiasaannya, produk yang dihasilkan oleh negara-negara sepertiini dianggap sebagai“kullu halal”walaupun hakikatnya rantaian pemprosesan produk memerlukan ataumengimport produk dari negara bukan Islam dalam menghasilkan produk akhir. Wujud persoalan yangsignifikan berkenaan pengimportan produk yang terlibat di dalam pemprosesan makanan, namun diragui sifat“toyyib” yang ada pada produk tersebut. Oleh itu, status pensijilan produk import ini merupakan satu langkahkeselamatan bagi masyarakat Islam dan perlu diberi penelitian yang serius kerana didapati status pensijilanhalal di negara Islam Timur Tengah kurang efisien dan tidak mendapat sokongan pihak kerajaan sepertimanaMalaysia. Kajian ini terhad kepada pembelian produk makanan yang diimport dari Negara Timur Tengah yangtiada pensijilan halal. Penyelidikan mengenai tuntutan pensijilan halal di antara negara majoriti Muslim sepertiNegara Timur Tengah dan negara multi-budaya seperti Malaysia perlu dijalankan untuk menguji tahapkesedaran pengguna Muslim itu sendiri. Manakala hasil kajian pula diharap menjadi garis panduan kepadanegara-negara majoriti Muslim dalam penyusunan strategi ke arah pensijilan halal yang dinamik bagimeningkatkan kepercayaan pengguna Muslim, sekaligus meningkatkan jumlah dagangan produk