Displaying publications 21 - 30 of 30 in total

Abstract:
Sort:
  1. Badrul Munir Md-Zain, Ng MY, Idris Abd. Ghani
    Kajian kelakuan harian diurnal telah dijalankan ke atas beberapa ekor cimpanzi (Pan troglodytes) di Zoo Negara. Objektif kajian ialah untuk mencerap peruntukan aktiviti harian cimpanzi di dalam kurungan dan mengkaji kesan pengkayaan terhadap kelakuannya. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan fokus dengan pengrekodan berterusan. Pemerhatian dijalankan selama 32 hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dengan satu jam berehat. Fasa tanpa pengkayaan berlangsung selama 16 hari (80 jam 45 min). Fasa pengkayaan juga dilakukan selama 16 hari (86 jam 15 min). Hasil aktiviti harian menunjukkan cimpanzi banyak berehat (45.2%) dan memerhati persekitaran (16.81%) diikuti dengan aktiviti pergerakan (11.33%), makan (8.38%), berdandan (5.27%), mencari makanan (4.81%), tidur (3.40%), agresif (0.38%), kelakuan lain-lain yang tak tertakrif dalam skop kajian ini seperti kelakuan stereotipik (0.28%) dan kelakuan seksual (0.14%). Fasa pengkayaan memberi hanya perbezaan yang bererti kepada kelakuan mencari makanan (p<0.001), membina sarang (p<0.05) dan kelakuan memerhati persekitaran (p<0.05).
    Matched MeSH terms: Autonomic Nervous System Diseases
  2. Suhaimi Suratman, Mohamad Awang, Loh AL, Norhayati Mohd Tahir
    Suatu kajian mengenai Indeks Kualiti Air (IKA) telah dijalankan di lembangan Sungai Paka, Terengganu. Ianya melibatkan pengukuran oksigen terlarut, pH, permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia, jumlah pepejal terampai dan ammonia di lapan buah stesen pensampelan. Hasil kajian menunjukkan semua stesen pensampelan berada dalam status bersih kecuali dua stesen tercemar yang terletak di Sungai Rengat dan Sungai Rasau. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya purata nilai IKA bagi lembangan Sungai Paka adalah 72.4% dan boleh diklasifikasikan sebagai kelas II dengan status sedikit tercemar. Hasil kajian juga menunjukkan kumbahan daripada kilang kelapa sawit merupakan penyumbang utama kepada kemerosotan nilai IKA di kawasan kajian.
    Matched MeSH terms: Autonomic Nervous System Diseases
  3. Lee TT, Kamisah Osman
    Sains Malaysiana, 2012;41:1301-1307.
    Tajuk Elektrokimia didapati sukar dipelajari kerana konsep abstrak yang melibatkan tahap perwakilan makroskopik, mikroskopik dan simbolik. Kajian lepas menunjukkan bahawa animasi dan simulasi menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) boleh membantu pelajar membayangkan dan seterusnya memperkuatkan pemahaman mereka dalam mempelajari tajuk kimia yang abstrak. Ekoran daripada itu, modul multimedia interaktif dengan agen pedagogi (MMIAP) yang dinamakan Makmal EK (Elektrokimia) dibangunkan dalam usaha membantu pelajar dalam mempelajari Elektrokimia. Reka bentuk penyiasatan kuasi eksperimen dengan ujian pra/pos kumpulan kawalan tidak setara dijalankan dalam usaha untuk menilai keberkesanan MMIAP Makmal EK terhadap pemahaman konsep pelajar dalam mempelajari elektrokimia. Seramai 127 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Setiap sekolah mempunyai sebuah kumpulan rawatan dan sebuah kumpulan kawalan yang diajar oleh guru kimia yang sama. Ujian pencapaian pra dan pos diberikan untuk menilai pemahaman konsep Elektrokimia pelajar sebelum dan selepas mempelajari kimia. Hasil kajian menunjukkan bahawa intervensi seperti yang direkabentuk dalam kajian menghasilkan perbezaan yang bererti antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam memahami konsep Elekotrokimia.
    Matched MeSH terms: Autonomic Nervous System Diseases
  4. Shaharir bin Mohamad Zain, Nik Rusdi bin Yaacob
    Kuasa dua atau kuadrat modulus fungsi gelombang Schroedinger pengayun harmonik ringkas yang bersyarat awalnya taburan normal ditunjukkan memenuhi taburan normal dengan min dan varians yang berubah. Oleh itu kuasa dua modulus fungsi gelombang ini memenuhi persamaan resapan yang berpekali resapan malar yang berkadaran dengan pemalar Planck, berpekali hanyutan yang berkadaran dengan terbitan/derivatif fasa fungsi gelombang tersebut, dan bersumberkan kuantiti yang berkadaran dengan hasil tambah atau jumlah potensi klasik pengayun harmonik itu: satu sebutan kuadratik, dan ungkapan/ekspresi dalam sebutan terbitan pertama dan kedua fungsi gelombang. Modulus fungsi gelombang itu juga memenuhi persamaan resapan dengan pekali resapan dan hanyutan yang sama, tetapi dengan sumber yang berbeza dan lebih simpel. Hasil yang serupa berlaku untuk syarat awal yang berupa sembarang fungsi yang kuasa duanya terkamirkan. Hasil ini memberi cahaya baru ke atas tabii tafsiran kebarangkalian bagi kuasa dua fungsi gelombang kerana kini terserlah pula hubungannya secara langsung dengan satu proses stokastik: pembunuhan X sehingga
    dX = a dt + b dB, dengan a diketahui sebagai pekali hanyutan dan b**2/2 diketahui sebagai pekali resapan, dan B ialah proses Wiener piawai.
    Matched MeSH terms: Autonomic Nervous System Diseases
  5. Wan Rosmanira Ismail, Liong CY, Mohd. Khairi Muda, Ruzzakiah Jenal
    Penjadualan jururawat merupakan perkara penting dalam memastikan perkhidmatan yang berterusan dapat diberikan kepada para pesakit. Corak bertugas yang berterusan iaitu 24 jam sehari 7 hari seminggu, memerlukan waktu kerja mengikut syif yang boleh mengakibatkan perubahan kepada kehidupan sosial dan masalah kesihatan kepada jururawat. Oleh itu, pembangunan sebuah model penjadualan jururawat yang boleh diterima pakai oleh semua pihak dan bersifat adil amatlah penting untuk memastikan perkhidmatan berterusan yang berkualiti. Proses penjadualan melibatkan beberapa peraturan dan kekangan yang perlu dipertimbangkan, iaitu berdasarkan polisi yang telah ditentukan oleh pihak hospital dan permintaan daripada jururawat sendiri. Polisi atau objektif hospital antara lain adalah memastikan bilangan minimum jururawat setiap syif, mengelakkan pengasingan hari bertugas dan mempertimbangkan permintaan cuti daripada jururawat. Permintaan jururawat yang diambil kira pula adalah seperti mendapat bilangan hari bertugas yang sama per jadual, bilangan syif pagi yang melebihi syif petang dan memperolehi sekurang-kurangnya sekali cuti hujung minggu dalam tempoh jadual 2 minggu. Model dibangunkan menggunakan data daripada sebuah hospital tempatan. Kaedah pengaturcaraan gol 0-1 diaplikasikan di dalam pembangunan model penjadualan jururawat ini kerana keupayaannya menghasilkan sebuah model dengan pelbagai matlamat. Jadual kerja berkala ini akan dibina setiap 2 minggu. Daripada hasil penyelesaian yang diperoleh menggunakan perisian Lingo, didapati model penjadualan jururawat yang dibangunkan memenuhi polisi pihak hospital dan permintaan jururawat. Model penjadualan jururawat ini mampu memberikan penyelesaian yang lebih baik berbanding penjadualan semasa secara manual yang mana pengagihan syif adalah lebih sama rata di kalangan jururawat dari segi bilangan syif pagi, petang dan juga malam.
    Matched MeSH terms: Autonomic Nervous System Diseases
  6. Abd. Fatah Wahab, Jamaludin Md. Ali, Ahmad Abd. Majid, Abu Osman Md. Tap
    Pembinaan model geometri berbantukan komputer (CAGD) dengan titik data yang mempunyai ketakpastian adalah sukar dan mencabar. Dalam kertas ini, pembinaan model splin-B kabur sebagai perwakilan matematik bagi lengkung dengan data ketakpastian menggunakan titik kawalan kabur dan titik kawalan penyahkaburan dibincangkan. Lengkung splin-B kabur atau splin-B penyahkaburan kubik untuk masalah data ketakpastian akan diperihalkan dengan menggunakan kaedah penghampiran splin-B kubik yang ditakrif menerusi titik kawalan kabur dan titik kawalan penyahkaburan. Bagi menyelesaikan masalah mengenai titik data ketakpastian pula, kaedah pengkaburan dan penyahkaburan titik data berkomponen kabur (penyahkaburan) beserta modelnya diperkenalkan. Bagi menguji tahap keberkesanan model, beberapa contoh lengkung simulasi data tersebut juga dibincangkan.
    Matched MeSH terms: Autonomic Nervous System Diseases
  7. Tukimat Lihan, Sahibin Abdul Rahim, Aeslina Abdul Kadir, Jauharatuddini Ariffin, Suzana Ismail
    Sains Malaysiana, 2006;35:23-30.
    Sebanyak dua puluh lima sampel tanih atas (0-15 cm) telah diambil dari enam stesen persampelan di kawasan Pulau Indah, Klang, Selangor. Sampel ini telah dianalisis untuk menentukan kandungan logam berat, ciri fiziko-kimia dan nutrien di dalam tanih. Tanih telah dikutip dari stesen berasingan berdasarkan jenis tanih dan aktiviti pembangunan gunatanah yang berlainan. Didapati bahawa tanih di kawasan kajian didominasi oleh tekstur pasir kecuali di Stesen 1 dan 6 yang didominasi oleh tekstur lempung. Kandungan nutrien tersedia dipengaruhi oleh jenis tanih, dengan purata kandungan K dan Mg tinggi dalam tanih lempung manakala purata kandungan PO tinggi dalam tanih pasir. Kandungan nutrien terlarut pula dipengaruhi oleh aktiviti gunatanah, dengan kandungan NO-N dan NH-N terlarut adalah tinggi di kawasan pertanian manakala kandungan SO terlarut pula tinggi di kawasan terminal minyak dan kawasan industri logam. Ciri kimia dipengaruhi oleh jenis tanih di mana pH, kapasiti pertukaran kation dan kandungan bahan organik lebih tinggi di dalam tanih lempung berbanding tanih pasir. Kandungan logam berat dipengaruhi oleh jenis guna tanah, dengan kandungan Pb dan Zn tinggi di kawasan pertanian. Kandungan As dan Co pula adalah tinggi di kawasan terminal minyak dan industri logam. Kawasan gudang menunjukkan bacaan yang tertinggi bagi Ni dan Cr manakala kawasan Pelabuhan Sarat menunjukkan bacaan Cu yang tertinggi. Secara keseluruhannya, kepekatan kandungan Pb, Cu, Ni dan Co masih berada di bawah paras yang berpotensi toksik dalam tanih manakala sebahagian dari nilai As, Cr dan Zn melebihi paras yang berpotensi toksik dalam tanih.
    Matched MeSH terms: Autonomic Nervous System Diseases
  8. Mohd Syukran Abdul Khadir
    MyJurnal
    Otot memainkan
    peranan penting dalam setiap pergerakan utama manusia seperti berjalan, bernafas,
    mengangkat barang dan sebagainya. Harris dan Watkins (1993) mentakrifkan kekuatan otot
    sebagai keupayaan otot rangka untuk membangunkan daya untuk tujuan memberikan
    kestabilan dan mobiliti di dalam sistem otot, fungsi pergerakan boleh berlaku. Kekuatan otot
    berbeza mengikut umur dan jantina. Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan untuk mengukur
    kekuatan otot bagi golongan dewasa. Namun demikian, masih kurang penyelidikan telah
    dijalankan ke atas kekuatan otot bagi kanak-kanak yang bersekolah di peringkat taska atau pra
    sekolah. Kanak-kanak yang belajar di peringkat taska atau pra sekolah adalah kanak-kanak
    yang berumur dari 4 hingga 6 tahun. Kajian ulasan ringkas ini mengupas beberapa faktor
    yang mempengaruhi kekuatan otot dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah. Kajian-kajian
    yang dipilih telah menepati kriteria-kriteria yang telah di tetapkan iaitu: a) hasil dapatan
    menunjukkan kaitan antara kekuatan otot dan pelajar pra sekolah dan b) faktor mempengaruhi
    kekuatan otot di kalangan kanak-kanak.
    Matched MeSH terms: Autonomic Nervous System Diseases
  9. Goh T, Ghani Rafek A, Hariri Arifin M
    Sains Malaysiana, 2014;43:751-756.
    Kekasaran permukaan satah ketakselanjaran adalah parameter penting untuk penilaian kestabilan struktur pengorekan dalam jasad batuan kerana ia mempengaruhi tingkah-laku ricihan dan nilai sudut geseran puncak satah tersebut. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menentukan kekasaran permukaan ketakselanjaran. Kertas ini memperkenalkan satu pendekatan yang mudah dalam bentuk tiga (3) persamaan polinominal untuk mengkorelasikan sudut geseran puncak ketakselanjaran (fp) batuan granit segar, terluluhawa sedikit dan terluluhawa sederhana dengan pekali kekasaran kekar, (JRC). Persamaan polinominal ketakselanjaran batuan granit segar ialah fp1 = -0.071JRC2 + 3.56JRC + 35.6. Persamaan polinominal ketakselanjaran batuan granit terluluhawa sedikit dan terluluhawa sederhana masing-masing ialah fp2 = -0.087JRC2 + 4.32JRC + 34.1 dan fp3 = -0.133JRC2 + 5.08JRC + 29. Hasil kajian ini memberikan satu kaedah alternatif penganggaran nilai fp satah ketakselanjaran daripada penentuan nilai PKK pada permukaan ketakselanjaran batuan granit di lapangan.
    Matched MeSH terms: Autonomic Nervous System Diseases
  10. Mohd Raihan Taha, Mohammad Khajehzadeh, Ahmed El-Shafie
    Sains Malaysiana, 2012;41:847-854.
    Objektif kajian ini adalah untuk menunjukkan pembangunan kaedah berangka untuk menilai keboleharapan cerun tanah dan menentukan kebarangkalian permukaan gelonsoran genting. Fungsi prestasi dirumuskan menggunakan kaedah had keseimbangan Bishop mudah untuk mengira indeks keboleharapan. Indeks keboleharapan yang ditakrifkan oleh Hasofer dan Lind digunakan sebagai indeks ukuran keselamatan. Pencarian permukaan gelonsoran genting secara kebarangkaliannya yang berkaitan dengan indeks keboleharapan terendah dirumuskan sebagai masalah pengoptimuman.
    Seterusnya pengoptimuman kelompok zarah digunakan untuk mengira indeks keboleharapan Hasofer dan Lind dan kebarangkalian permukaan kegagalan genting. Penggunaan algorithma ini ditunjukkan melalui tiga contoh berangka daripada kajian terdahulu. Keputusan menunjukkan bahawa kaedah yang dicadangkan berupaya untuk memberikan penyelesaian yang lebih baik bagi analisis keboleharapan cerun tanah berbanding dengan kaedah yang dilaporkan dalam kajian-kajian terdahulu.
    Matched MeSH terms: Autonomic Nervous System Diseases
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links