Affiliations 

  • 1 Ministry of Health
  • 2 Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 3 Institut Kesihatan Umum
MyJurnal

Abstract

Tuberkulosis merupakan penyakit yang masih meigadi masalah kesihatan di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya. Kajian telah dilakukan ali Cheras, Kuala Lumpur menggunakan aplikasi GIS untuk mengenalpasti taburan geografi dan tren tuberkulosis daripada tahun 1996 sehingga tahun 2000. Kajian ini juga dilakukan untuk melihat kebolehan GIS sebagai alat surveilan penyakit beyangkit. Hasil kajian dengan menggunakan aplikasi GIS mendapati tren peningkatan tuberkulosis di kawasan·kawasan yang tertentu di Cheras. Penumpuan kes-kes tuberkulosis dapat dilihat di kawasan taburan penduduk yang kepadatan tinggi dan sederhana tinggi terutama di kawasan Kampung Pandan, kawasan penempatan Jalan Cheras dan Bandar Tun Razak. Kes—kes tersebut juga kebanyakannya adalah dalam lingkungan 100 meter ke 200 meter di antara satu sama lain. Kesimpulannya secara am, aplikasi GIS memberikan dimensi baru dalam kawalan penyakit dan ia pasti dapat digunakan dalam membantu aktiviti surveilan penyakit tuberkulosis.