Affiliations 

  • 1 University College Bestari
  • 2 Universiti Sains Malaysia
MyJurnal

Abstract

Salah satu syarat untuk menjadi sebuah negara maju adalah tersedianya modal insan yang unggul yang
lahir daripada Institusi Pengajian Tinggi. Kerajaan Malaysia telah memberikan peruntukan yang besar
untuk mencapai matlamat tersebut. Walau bagaimanupun, terdapat kekangan dan keterhadan kewangan
Kerajaan untuk memenuhi keseluruhan biaya Institusi Pengajian Tinggi. Oleh itu, semua pihak terkait
perlulah mencari alternatif dan jalan keluar bagi mengatasi masalah ini. Wakaf merupakan salah satu
sistem ekonomi Islam yang dikatakan sangat berpotensi bagi membangunkan pendidikan. Kertas kerja
ini mempunyai dua tujuan. Pertama, untuk mengenal pasti pembangunan wakaf pendidikan dengan
kajian kes di Universiti College Bestari (UCB), Terengganu, Malaysia. Kedua, menganalisis isu
kelestaraian wakaf dan kaedah-kaedah yang digunakan UCB dalam mempastikan kelestarian wakaf
tersebut. Bagi mencapai kedua-dua tujuan ini kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual mendalam
dua orang responden telah dijalankan. Data yang diperolehi di analisis menggunakan kaedah analisis
kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa pembangunan wakaf di UCB sudah bermula sejak tahun
1998. Pengurusan dan pentadbiran wakaf UCB dilakukan di bawah tiga agensi (joint venture) yang
setiapnya merupakan pemegang saham iaitu PEYATIM (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia)
(50%), PERKAYA (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim) Terengganu (30%) dan YAKIN (Yayasan
Kebajikan Negeri Terengganu) (20%). Antara kaedah yang digunakan untuk melestarikan wakaf
pengajian tinggi di UCB adalah penjagaan dan pengelolaan aset yang telus dengan kepimpinan yang
kuat, sistem pemasaran dan kaedah wakaf yang mudah. Sumbangan kerajaan dan juga peranan alumni
dikatakan juga membantu pembangunan wakaf tersebut. Kajian ini membuktikan bahawa sistem wakaf
memiliki potensi untuk membantu membangunkan pendidikan yang lestari.