Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
Int J Public Health Res, 2018;8(2):988-997.
MyJurnal

Abstract

Pengenalan Penjagaan pesakit kanak-kanak leukemia memerlukan pemerhatian dan
tumpuan yang tinggi untuk memastikan rawatan yang disarankan oleh Pakar
Perubatan dapat dilaksanakan dengan baik. Perkara ini sedikit sebanyak akan
menjejaskan fungsi sosial, meningkatkan stres, kebimbangan dan
kemurungan dalam kalangan penjaga. Oleh itu, kajian irisan lintang ini
dijalankan untuk mengkaji prevalen serta faktor-faktor yang mempengaruhi
stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga kepada pesakit
leukemia kanak-kanak.
Metodologi Sampel kajian adalah seramai 54 orang. Data diukur menggunakan DASS-21
versi Bahasa Malaysia yang telah divalidasi oleh kajian lepas.
Keputusan Hasil kajian mendapati bahawa prevalen stres tahap rendah dalam kalangan
penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak adalah sebanyak 88.9%
manakala prevalen stres tahap tinggi adalah sebanyak 11.1%. Prevalen
kebimbangan tahap rendah adalah sebanyak 90.7% dan prevalen
kebimbangan tahap tinggi adalah sebanyak 9.3%. Prevalen kemurungan
tahap rendah adalah sebanyak 96.3% dan prevalen kemurungan tahap tinggi
adalah sebanyak 3.7% dalam kalangan penjaga. Terdapat beberapa faktor
yang mempengaruhi stres dan kemurungan dalam kalangan penjaga secara
signifikan (p