Affiliations 

  • 1 Universiti Teknologi MARA
MyJurnal

Abstract

Muslim profesional sering dikaitkan dengan komitmen individu dalam penghayatan amalan religiositi. Persoalannya,
adakah profesionalisme dan penghayatan amalan religiositi mempunyai hubungan secara positif? Sekiranya saling
berkaitan, apakah amalan yang dimaksudkan? Justeru, kaedah kualitatif phenomenology digunakan untuk mengenalpasti
amalan-amalan religiositi yang dilaksanakan. Penulisan ini terbentuk hasil daripada beberapa siri temu bual separa
berstruktur, analisis dokumen dan kaedah pemerhatian bukan penyertaan di dalam meneliti amalan religiositi yang
dipraktikkan semasa bekerja, yang mempengaruhi pemantapan profesionalisme belia Muslim. Hasil kajian menunjukkan
bahawa profesionalisme seseorang itu terhasil daripada penghayatan amalan religiositi melalui i) amalan infiradi dan ii)
amalan ijtima’i, yang kemudiannya membentuk pemantapan profesionalisme individu terhadap Allah s.w.t
(habluminallah) dan terhadap masyarakat dan rakan sekerja (habluminannas).