Affiliations 

  • 1 Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Jurnal Inovasi Malaysia, 2020;3(2):1-11.
MyJurnal

Abstract

Penggunaan instrumen pemantauan elektronik dalam peralatan latihan konvensional mempunyai pengaruh positif terhadap tahap minat pengguna, seterusnya meningkatkan pengalaman latihan dan prestasi keseluruhan. Oleh yang demikian, individu boleh mendapatkan manfaat optima dari sebarang latihan sekiranya individu diberi sasaran prestasi tertentu yang mudah difahami, dimaklumkan mengenai kemajuan latihan, diberi motivasi, bimbingan, dorongan dan arahan lisan. Walau bagaimanapun, instrumen pemantauan elektronik konvensional tidak berfungsi secara langsung untuk memotivasi atau melatih individu di dalam program latihan mereka. Malah, peralatan komersial ini terhad penggunaannya di dalam latihan bukan kardiovaskular (contohnya, angkatan bebanan dan latihan isometrik). Sistem prototaip jurulatih senaman maya berupaya menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan sensorgerak pintar yang dapat diletakkan secara magnetik ke permukaan alatan senaman seperti dumbbell, atau sebahagian daripada peralatan senaman, seperti pemegang logam dari peralatan senaman. Sensor ini akan menghantar isyarat terus ke aplikasi di peranti mudah alih pengguna untuk diproses dan mengeluarkan outputpanduan senaman, maklum balas interaktif, outputvisual dan audio motivasi semasa latihan senaman. Penciptaan sistem senaman yang praktikal ini berpotensi membantu bukan sahaja individu yang aktif, malahan atlet, pesakit yang menjalani senaman rehabilitasi, warga emas dan individu kurang aktif untuk melaksanakan latihan senaman yang lebih berkesan, interaktif dan selamat.