“Fenomena anarki” telah mempengaruhi kebanyakan negara untuk memberikan tumpuan dan
perhatian terhadap pembangunan Angkatan ketenteraan bagi menjamin keselamatan untuk tujuan
kelangsungan hidup. Manakala merujukkan kepada teori neo-realisme, teori ini mengatakan dilema
keselamatan sebagai situasi yang sentiasa ada ancaman yang cuba untuk menggugat keselamatan
negara mahupun ianya dari bentuk unsur ancaman tradisional mahupun dari unsur dari ancaman bukan
dari tradisional. Akibat dari senario keselamatan dan sifat anarki dalam sistem antarabangsa, keadaan
ini akan menyebabkan negara perlu bergantung pada diri sendiri untuk kelangsungan hidup. Ini
merujuk kepada konsep self help atau self reliance di mana setiap negara mempunyai kepentingan
negara mereka tersendiri dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam sistem antarabangsa. Melihat
dari sudut Angkatan Tentera Malaysia (ATM,) perspektif pembangunan dan pemodenan ATM semasa
era Perang Dingin dan Pasca Perang Dingin ternyata mempunyai perubahan yang signifikan di mana
pembangunan ATM sebelum tahun 1990 lebih bersifat konvensional dan pasca Perang Dingin
memperlihatkan pembangunan ATM bersifat lebih strategik.