Abstract

Artificial Immune System (AIS) is an emerging field to the computer scientists and most of the recent works concerning AIS is in the area of Intrusion Detection System (IDS). AIS is based on human immune system. It is distributed in nature, deploys the adaptive learning and exercises complementary mechanism to defend human body from bacteria or foreign elements. Artificial Immune system is non-linear and adopts the biological concept in classifying self against the non-­self cells. This paper discusses on the implementation of AIS using the Negative Selection Algorithm in classifying and recognizing patterns on digits (0 to 9). Data for every digit is extracted using moment invariants and is represented in 8 bit string. There are 10 sets of detectors generated and the complementary process between self and non-self is done using the XOR operator. The result for classification for a digit is based on the percentage matched. Higher percentage indicates that the test data is closed to the digit to be recognized.
[Sistem Kebal Buatan (SKB) adalah satu bidang biologi yang telah membuka lembaran baru kepada penyelidik sains komputer untuk menggabungkan konsep kebal buatan di dalam penyelidikan yang berkaitan seperti pencerobohan sistem keselamatan. SKB tabi'i adalah suatu sistem pembelajaran adaptif iaitu yang mempunyai ciri selari dan mekanisma pelengkap bagi pertahanan terhadap unsur asing atau bakteria yang memasuki tubuh badan manusia. SKB bertindak secara tak linear dan menggarap konsep biologi seperti pengelasan terhadap sel kendiri dan sel tak kendiri. Rencana ini memperihalkan pelaksanaan kaedah SKB menggunakan pendekatan pilihan negatif bagi proses pengelasan dan pengecaman corak terhadap digit sifar hingga digit sembilan. Data bagi setiap digit tersebut disari menggunakan kaedah momen tak ubah dan diwakili sebagai rentetan 8 bit. Setiap kelompok digit dikelaskan sebagai kendiri bagi menghasilkan data tak kendiri atau pengesan. Ini bermakna terdapat 10 kelas pengesan yang dijana, dan proses padanan antara data kendiri dan tak kendiri dilaksanakan menggunakan operasi XOR. Penjanaan keputusan bagi pengelasan untuk suatu digit dihitung berasaskan kepada nilai peratusan yang terhasil, iaitu nilai yang dijana merupakan nilai yang digunakan bagi mengecam digit yang wujud pada data ujian. Semakin besar nilai peratusan yang diperolehi, maka semakin hampir nilai tersebut kepada digit yang hendak dicam].