Sains Malaysiana, 2007;36:77-82.

Abstract

Telah diketahui nilai hasil tambah eksponen S(f;pa) adalah bersandar kepada penganggaran bilangan unsur |V|, yang terdapat dalam set dengan menandakan polinomial-polinomial terbitan separa f terhadap . Kekardinalan bagi V pula bersandar kepada saiz p-adic pensifar sepunya terbitan separa .
Makalah ini membentangkan suatu kaedah penentuan anggaran saiz p-adic bagi komponen (x,h) pensifar sepunya terbitan separa f(x,y) dalam berdarjah enam berasaskan teknik polihedron Newton yang disekutukan dengan polinomial terbabit. Polinomial berdarjah enam yang dipertimbangkan berbentuk. Anggaran yang diperolehi adalah dalam sebutan saiz p-adic pekali-pekali sebutan yang dominan dalam f.