Abstract

Pembentukan lapisan sempadan halaju dan terma yang dirangsang oleh aliran bebas bersebelahan plat tegak dengan suhu permukaan malar dikaji. Persamaan-persamaan menakluk dalam bentuk persamaan pembezaan separa diturunkan kepada persamaan-persamaan pembezaan biasa dengan penjelmaan keserupaan, sebelum diselesaikan secara berangka. Kedua-dua aliran membantu dan aliran menentang dipertimbangkan. Didapati bahawa penyelesaian adalah unik bagi aliran membantu, manakala penyelesaian dual wujud bagi aliran menentang. Kadar pemindahan haba pada permukaan didapati meningkat dengan peningkatan kedua-dua daya keapungan dan nombor Prandtl.