Sains Malaysiana, 2010;39:281-283.

Abstract

Aliran lapisan sempadan mantap dua matra bersebelahan titik genangan pada permukaan meregang dalam bendalir mikropolar dengan fluks haba permukaan boleh ubah dikaji. Halaju regangan dan halaju aliran bebas diandaikan berubah secara linear dari titik genangan. Persamaan dalam bentuk persamaan pembezaan separa dijelmakan kepada persamaan pembezaan biasa menggunakan penjelmaan keserupaan dan diselesaikan secara berangka menggunakan skim beza-terhingga yang dikenali sebagai kaedah kotak Keller. Kedua-dua aliran membantu dan aliran menentang dipertimbangkan. Lapisan sempadan terbentuk apabila halaju aliran bebas melebihi halaju regangan, sebaliknya, lapisan sempadan yang terbalik terbentuk apabila halaju aliran bebas kurang daripada halaju regangan. Keputusan berangka menunjukkan bahawa daya seretan berkurangan bagi bendalir mikropolar berbanding dengan bendalir Newtonan, dan ini seterusnya mengurangkan kadar pemindahan haba pada permukaan.