Penyerapan akar gigi apeks luaran (PAAL) adalah salah satu kesan negatif semasa rawatan ortodontik selain daripada gigi
yang mengalami trauma. Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara sejarah trauma dan kejadian PAAL serta
membandingkan tahap keterukan PAAL antara gigi trauma dan tanpa trauma selepas enam dan 12 bulan rawatan ortodontik.
Sampel kajian merupakan gigi insisor tengah maksila daripada 23 subjek (8 lelaki dan 15 wanita berumur 12 hingga 26
tahun) dengan 19 mempunyai trauma (tanpa penyerapan akar gigi) dan 27 tanpa trauma. Rawatan ortodontik dilakukan
dengan menggunakan dawai arkus NiTi 0.014”, 0.018” dan 0.018” × 0.025” pada enam bulan pertama. Selepas enam
bulan, rawatan ortodontik diteruskan dengan menggunakan dawai arkus keluli tahan karat saiz 0.019” × 0.025” sehingga
rawatan ortodontik mencapai satu tahun. PAAL gigi diukur melalui imej tomografi berkomputer pancaran-kon (CBCT) yang
diambil sebelum (X0
), selepas enam bulan (X6
) dan selepas 12 bulan (X12) rawatan ortodontik. Penyerapan akar dikira
dengan menolak panjang gigi pada X6
dan X12 dengan panjang gigi pada X0
. Kejadian PAAL dalam kumpulan trauma dan
tanpa trauma masing-masing adalah 89.5% dan 77.8% (penyerapan akar rendah dari 2 mm) selepas enam bulan rawatan
ortodontik. Selepas 12 bulan rawatan ortodontik, semua gigi menunjukkan PAAL. Kejadian PAAL antara gigi trauma dan
tanpa trauma tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>0.05). Dalam kajian ini, gigi yang mengalami trauma serta
tanpa trauma membentuk PAAL pada kadar yang sama selepas enam dan 12 bulan rawatan orthodontik. Oleh itu, adalah
selamat untuk melakukan rawatan ortodontik kepada pesakit yang mempunyai sejarah trauma pada gigi.