Affiliations 

  • 1 Universiti Teknologi MARA, Sungai Buloh Selangor
  • 2 Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam, Selangor, Malaysia
Medicine & Health, 2020;15(1):54-69.
MyJurnal

Abstract

Penuaan ovari telah dikaitkan dengan tekanan oksidatif dan kehilangan fungsi ovari. Tokotrienol telah dibuktikan dapat memberi kesan yang baik terhadap sistem pembiakan wanita. Walau bagaimanapun, peranan tokotrienol ke atas metabolisma ovari dan seterusnya peningkatan kualiti oosit dalam mencit tua masih tidak diketahui. Oleh itu, hubungan antara perubahan aktiviti metabolik dalam ovari dan kualiti oosit dalam mencit tua selepas suplementasi fraksi kaya tokotrienol (TRF) telah dikaji. Mencit betina berusia enam minggu digunakan sebagai kumpulan Muda. Mencit betina berusia enam bulan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan pertama yang diberikan minyak jagung-bebas tokoferol (kawalan) manakala tiga kumpulan yang lain diberi suplimen TRF pada dos 90, 120, dan 150 mg/kg. Rawatan diberikan secara oral selama dua bulan. Pada akhir rawatan, mencit dari semua kumpulan disuperovulasi dan kemudian dikorbankan. Kualiti oosit dinilai dan analisis metabolomik secara tidak disasarkan, pada tisu ovari dijalankan dengan menggunakan 'liquid chromatography tandem mass spectrometry of quadrupole time-of-flight' (LC-MS Q-TOF). Peratusan oosit normal adalah lebih tinggi (p