Affiliations 

  • 1 Universiti Teknologi MARA
Medicine & Health, 2017;12(1):56-65.
MyJurnal

Abstract

Peningkatan ekspresi dan aktiviti enzim 11β-hidroksisteroid dehidrogenase jenis
1 (11β-HSD1) di dalam sel adiposit matang menyebabkan obesiti dan sindrom
metabolik. Fruktos dalam air minuman telah terbukti boleh menyebabkan sindrom
metabolik pada tikus Wistar jantan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat
kesan ke atas ekspresi dan aktiviti enzim 11β-HSD1 di dalam hati model tikus
sindrom metabolik yang dirangsang dengan air minuman fruktos. Sebanyak 12 ekor
tikus Wistar jantan dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan: kumpulan
kawalan, C (n=6) dan kumpulan yang diberi minuman fruktos 20%, F20 (n=6).
Pemberian makanan dan air minuman selama lapan minggu secara ad libitum. Di
akhir kajian, pengukuran ekspresi enzim 11β-HSD1 di dalam hati dilakukan dengan
menggunakan teknik pewarnaan imunohistokimia. Skor diberikan berdasarkan
intensiti pewarnaan granul di dalam sitoplasma hepatosit menggunakan teknik
‘double-blinded’. Manakala, aktiviti enzim 11β-HSD1 diukur menggunakan teknik
ELISA. Selepas lapan minggu pengambilan air minuman fruktos, kumpulan F20
menunjukkan peningkatan dalam ekspresi dan aktiviti enzim 11β-HSD1 di dalam
hati. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa enzim 11β-HSD1 di dalam
hati mungkin memainkan peranan dalam pembentukan sindrom metabolik dan
komplikasinya pada tikus Wistar jantan.