Abstract

Taburan parameter fizikal, jumlah pepejal terampai (TSS), klorofil-a dan nutrien berasaskan fosfat telah dikaji di muara Sungai Dungun. Pada umumnya, kesemua parameter yang diukur menunjukkan sifat tak konservatif daripada garis pencairan teori. Analisis terhadap nutrien berasaskan fosfat menunjukkan perubahan kepekatan ortofosfat dan total fosfat masing-masing dalam julat 6.3-23.3 µg/L P dan 5.5-133.9 µg/L P. Hasil kajian juga menunjukkan taburan nutrien berasaskan fosfat dipengaruhi oleh parameter fizikal, TSS dan klorofil-a. Faktor-faktor antropogenik juga menyumbang kepada tingginya kepekatan ortofosfat dan total fosfat yang didapati terutamanya di kawasan pertengahan muara sungai.