Sains Malaysiana, 2007;36:133-137.

Abstract

Perubahan beberapa nutrien dan parameter kualiti air Sungai Sarawak telah dikaji melalui pensampelan serta analisis air secara intensif, iaitu empat kali pensampelan di sebelah pagi dan empat kali pada waktu petang. Stesen pensampelan air terletak di Waterfront, bandaraya Kuching dan satu lagi stesen yang terletak di bahagian hulu iaitu Batu Kitang yang berdekatan dengan tapak pengambilan air. Stesen pensampelan Batu Kitang diadakan untuk tujuan perbandingan kualiti air. Nutrien yang telah dianalisis terdiri daripada ammonium, nitrat, fosfat terlarut, sulfat dan kation utama (K, Na, Ca, Mg). Aras ion ammonium, nitrat, fosfat terlarut dan sulfat dalam Sungai Sarawak di stesen Waterfront ialah 0.03 – 0.67, 0.03 – 0.14, 0.03 – 0.74 dan 0.02-0.38 mg/L masing-masing. Perubahan maksimum yang dicerap dalam sehari untuk ammonium ialah 25 kali ganda, untuk fosfat terlarut dan sulfat ialah hampir 11 kali ganda dan untuk nitrat dan kation utama, perubahan maksimum hanya kurang daripada dua kali ganda.