Abstract

Teknik reka bentuk untuk meningkatkan gandaan bagi menambah baik prestasi antena tompok mikrojalur konvensional dibincangkan. Kaedah suapan prob tersongsang jalur lebar bagi antena tompok mikrojalur berbilang lubang alur bertindan dicadangkan. Reka bentuk tersebut menggabungkan beberapa teknik kontemporari iaitu kaedah suapan prob, struktur tompok tersongsang dan tompok berbilang lubang alur bertindan. Kesan komposit daripada penyatuan pelbagai teknik ini dan dengan memperkenalkan bentuk elemen tompok yang baru, memberikan profil yang rendah, jalur lebar yang lebih luas, gandaan tinggi dan elemen antena yang padat. Keputusan menunjukkan peningkatan gandaan di mana gandaan maksimum adalah 11.42 dBi. Reka bentuk ini sesuai untuk aplikasi tata susunan terutama untuk stesen tapak.