Sains Malaysiana, 2011;40:1341-1344.

Abstract

Sejumlah 51 takson pteridofit yang tergolong dalam 30 genus dan 18 famili telah direkodkan di Hutan Simpan Angsi, Negeri Sembilan. Ini termasuk lapan spesies lokofit dalam dua genus dan dua famili. Jumlah ini merangkumi lapan peratus daripada 647 spesies yang telah dilaporkan di Semenanjung Malaysia. Famili terbesar yang direkodkan terdiri daripada Selaginellaceae dan Pteridaceae masing-masing dengan tujuh spesies diikuti oleh Polypodiaceae (enam spesies) dan Tectariaceae (empat spesies). Paku-pakis terestrial merupakan yang paling banyak direkodkan iaitu 60% daripada keseluruhan takson yang didapati diikuti dengan paku pakis epifit (24%) dan paku pakis batuan (16%).