Masalah berbilang kriteria merupakan satu masalah yang terdiri daripada satu kumpulan unit yang dinilai berasaskan beberapa kriteria tertentu. Keputusan terakhir yang dihajati ialah satu pangkat kedudukan unit yang dianalisis berasaskan prestasi keseluruhan masing-masing. Satu cara untuk mendapatkan prestasi keseluruhan setiap unit ialah dengan menggabungkan prestasi dan wajaran kriteria masing-masing melalui pelbagai kaedah pengagregatan. Kajian tertumpu kepada penerapan tiga kaedah asas pangkat dalam menilai kepentingan kriteria yang melibatkan satu panel penilai. Empat pendekatan pengagregatan berasaskan kaedah pemurataan tertib berpemberat dicadangkan untuk dimanfaatkan agar hasil akhir boleh dicapai. Setiap pendekatan pengagregatan yang dicadangkan diringi dengan contoh pengiraan.