Sains Malaysiana, 2015;44:463-471.

Abstract

Bencana banjir boleh menjejaskan kehidupan dan harta benda. Risiko kejadian banjir boleh diminimumkan jika amaran
awal dapat dikeluarkan. Di atas inisiatif ini, peramalan aliran sungai harian dijalankan di sebuah stesen aliran sungai
di Sungai Muda, Malaysia yang terletak di dataran banjir. Peramalan dengan mengaplikasikan pendekatan kalut
melibatkan dua langkah iaitu pembinaan semula ruang fasa dan peramalan. Pembinaan ruang fasa melibatkan satu
pemboleh ubah iaitu data aliran sungai yang dibina semula kepada m-dimensi dengan menggunakan nilai optimum
dimensi pembenaman daripada kaedah Cao dan variasi nilai dimensi pembenaman untuk pendekatan songsang. Hasil
daripada pembinaan ruang fasa ini digunakan untuk meramal aliran sungai dengan menggunakan kaedah peramalan
setempat. Hasil kajian menunjukkan data aliran Sungai Muda adalah bertelatah kalut berdasarkan analisis daripada
kaedah Cao. Keseluruhan hasil peramalan bagi kedua-dua kaedah dapat memberikan peramalan yang baik berdasarkan
pekali korelasi yang tinggi. Namun, kombinasi parameter asas bagi pendekatan songsang memberikan hasil peramalan
yang lebih baik. Oleh itu, pendekatan songsang boleh dicadangkan bagi meramal data aliran sungai harian dengan
tujuan memberikan maklumat penting mengenai sistem aliran sungai di dataran banjir terutamanya di Sungai Muda.