Sains Malaysiana, 2012;41:453-458.

Abstract

Ferit NiZn dan nanotiub karbon diadunkan ke dalam getah asli termoplastik mengikut nisbah campuran 1:1. Kesan penambahan pengisi ke atas sifat magnet, struktur dan morfologi nanokomposit dikaji. Dua parameter magnet, iaitu pemagnetan tepuan dan daya koersif nanokomposit didapati bergantung kepada penambahan pengisi dalam matriks. Interaksi antara kedua-dua pengisi dalam matriks TPNR juga mempengaruh sifat magnet. Pengisi hibrid (ferit NiZn dan nanotiub karbon) bertabur sekata dalam matriks termoplastik getah asli. Kehabluran semi-amorfus fasa polipropilena didapati berlawanan dengan peningkatan kehabluran pengisi apabila kandungan pengisi bertambah.