Sains Malaysiana, 2015;44:1579-1585.

Abstract

Minyak pati Goniothalamus ridleyi daripada sampel segar dan kering bahagian kulit batang, kayu, buah, akar dan
daun telah diekstrak menggunakan hidro penyulingan. Minyak pati tersebut telah dianalisis menggunakan kromatografi
gas (KG) kapilari dan kromatografi gas-spektrometer jisim (KG-SJ). Komposisi sebatian kimia dalam minyak pati telah
dikenal pasti secara perbandingan data spektrum jisim sampel dengan spektrum jisim yang ada dalam rujukan Wiley,
perbandingan pengiraan indeks penahanan dengan nilai kepustakaan dan ko-kromatografi bagi sesetengah sebatian
dengan sebatian autentik pada turus kapilari DB-5. Sebanyak 50 sebatian telah dikenal pasti dan mewakili 89.5% minyak
pati kulit batang segar G. ridleyi. Minyak pati daripada kulit batang segar kaya dengan sebatian linalool (15.2%) dan
sitronellal (10.9%). Sejumlah 47 sebatian telah dikenal pasti dan mewakili 90.1% jumlah minyak pati kayu segar yang
menunjukkan kehadiran sebatian utama β-eudesmol (27.1%) dan γ-eudesmol (20.8%). Sementara itu, minyak pati
daripada bahagian buah menunjukkan kehadiran 49 sebatian serta mewakili 89.8% jumlah minyak pati. Sebatian utama
dalam minyak pati buah adalah β-kubebena (20.7%) dan elemol (20.2%). Sebatian utama dalam sampel segar adalah
sama dengan sebatian utama dalam sampel kering, kecuali bahagian sampel kering didapati kaya dengan sebatiansebatian
seperti β-karyofilena, limonena, β-selinena, viridifloral, α-kopaena dan cyperena.