Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 2 Universiti Putra Malaysia
MyJurnal

Abstract

Pseudomonas sp. strain SS22 telah dipencilkan daripada kolam oksidasi kilang minyak kelapa sawit di Malaysia. Dalam kajian ini, keupayaaan bakteria ini mentransformasikan asid oleik kepada produk baru telah dikaji. Produk biotransformasi dianalisis dengan kromatografi lapisan nipis (KLN), kromatografi gas (KG), spektroskopi inframerah gandingan fourier (SIGF) dan kromatografi gas-spektrometri jisim (KG-s.1). Analisis KLN menunjukkan bahawa hanya satu produk baru terbentuk selepas 7 hari eraman pada suhu 37°C, goncangan pada 150 ppm. Semakin lama eraman menyebabkan pengurangan titik produk pada 14 harL Analisis KG menunjukkan bahawa 5 puncak produk baru pada masa penahanan 13.1(*A), 15.0 (*C), 15.3 (*D), 16.8 (*E) dan 18.4 (*F) minit telah terbentuk selepas 7 hari eraman. Spektrum inframerah (Im) bagi produk yang terbentuk daripada asid oleik selepas 7 hari, menunjukkan kewujudan regangan OH/NH pada 3417 cm-'. Serapan pada 2673 cm-', kemungkinan regangan CH bersama-sama dengan kumpulan karbonil. Serapan pada 1712 cm-' adalah konstan dengan regangan c=o daripada keton atau asid karboksilik. Regangan CH pada 2932, 2854, 1462 dan 1379 cm-1 merupakan kumpulan alkil, menandakan produk hidrokarbon juga wujud dalam produk campuran. Kehadiran CH/C-C pada serapan 969 dan 725 cm-', menandakan kewujudan alkena trans (C=C). Analisis KG-SJ mengesahkan bahawa produk tersebut merupakan campuran asid 9(E)- heksadekenoik, asid kaprilik, asid miristik dan hidrokarbon. Walaupun produk yang terbentuk bercampur, asid 9(E)-heksadekenoik boleh digunakan sebagai komponen membran lipidnya. Penghasilan produk tersebut boleh dipertingkatkan dengan mengoptimumkan keadaan pertumbuhan.