Affiliations 

  • 1 Universiti Pendidikan Sultan Idris
MyJurnal

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara orientasi matlamat dan keseronokan dalam kalangan atlet hoki UPSI. Kajian tinjauan ini dijalankan dalam kalangan 30 orang altet yang mewakili UPSI dalam kejohanan hoki peringkat Universiti (lelaki, n=17; perempuan, n=13). Instrumen soal selidik Task and Ego Orientation Sport Questionnaire (TEOSQ) dan Physical Activity Enjoyment Scale (PACES) digunakan untuk mengukur orientasi matlamat dan tahap keseronokan. Analisis deskriptif min dan sisihan piawai; analisis inferens Ujian-t sampel tidak bersandar serta korelasi digunakan untuk mengenalpasti orientasi matlamat dan tahap keseronokan atlet serta perkaitan antara kedua-duanya. Dapatan kajian menunjukkan atlet hoki UPSI lebih berorientasikan tugasan berbanding ego dan mempunyai tahap keseronokan yang sederhana. Hasil keputusan inferens korelasi turut menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan (p = 0.001, p