Susun atur 3-dimensi (3D) yang sama boleh disalah cerap sebagai berbeza dari sudut penglihatan yang berlainan.
Bagi makromolekul biologi, permasalahan ini juga dihadapi oleh algoritma pencarian susun atur 3D. Keputusan
hasil larian yang sama akan diperoleh berulang kali (data lewah) kerana hasil tersebut boleh mempunyai susun atur
jujukan berbeza. Permasalahan ini tidak ditemui di dalam pencarian jujukan. Dalam kajian ini, dua kaedah untuk
menyaring data lewah tersebut telah dibangunkan dan dibandingkan iaitu kod Prüfer (berasaskan teori graf) dan
kaedah saringan data lewah (dibangunkan secara khusus untuk kajian). Model hasil carian pula adalah menggunakan
COnnection tables Graphs for Nucleic ACids (COGNAC) bagi pencarian interaksi kelompok bes berikatan hidrogen.
Perbandingan yang dilakukan menunjukkan bahawa kaedah saringan data lewah mampu untuk mengenal pasti dan
menyaring antara 50.5% sehingga 80% data lewah daripada hasil larian asal COGNAC berbanding kod Prüfer yang
hanya mengenal pasti dan menyaring 50% data lewah daripada hasil larian asal COGNAC. Oleh itu, kaedah saringan
data lewah telah diimplementasi ke dalam COGNAC. Selain itu, kaedah saringan data lewah ini juga boleh diguna
pakai untuk algoritma yang tidak bergantung kepada jujukan bagi pencarian motif 3D dalam struktur protein.
Penggunaan penanda DNA boleh mengurangkan masalah dalam kultur tisu khususnya apabila diaplikasikan semasa
pemilihan pokok untuk kultur tisu. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk membina penanda molekul
bagi kultur tisu kelapa sawit prolifik dengan menggunakan teknik polimorfisme panjang cebisan teramplifikasi (AFLP).
Analisis AFLP dijalankan ke atas 20 klon kelapa sawit yang terbahagi kepada tiga kelas iaitu klon tidak prolifik (10
jenis klon), klon normal (6 jenis klon) dan klon prolifik (4 jenis klon). Kesemua klon yang digunakan adalah daripada
titisan sel yang berbeza. Sebanyak 25 kombinasi pencetus telah digunakan dalam analisis AFLP dan 13 daripada mereka
memberikan corak amplifikasi polimorfisme. Daripada hasil ini, sebanyak 44 cebisan polimorfik telah dipencilkan dengan
33 cebisan adalah bagi klon tidak prolifik, 1 cebisan bagi normal dan 10 cebisan bagi klon prolifik. Cebisan ini telah
diklon ke dalam plasmid, berjujukan dan seterusnya, analisis jujukan dijalankan. Sebanyak 36 cebisan polimorfik telah
digunakan bagi kajian seterusnya. Berdasarkan kepada jujukan yang diperoleh, sepasang pencetus yang khusus kepada
setiap cebisan telah dijana. Jangkaan julat saiz jalur DNA yang diamplifikasi bagi setiap pencetus adalah antara 70
hingga 500 bp. Pasangan pencetus yang optimum diuji ke atas 20 jenis klon kelapa sawit untuk mengesahkan penanda
yang telah dibina. Daripada 36 pasangan pencetus yang dibina, 2 pasang pencetus telah menunjukkan potensi untuk
digunakan sebagai penanda kepada kultur tisu kelapa sawit prolifik.
Mekanisme pengambilan dan penghasilan asid amino bagi mikroorganisma psikrofil yang bermandiri dan berpoliferasi
pada persekitaran sejuk melampau masih belum difahami sepenuhnya. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti
gen yang terlibat dalam penjanaan asid amino bagi yis psikrofil, Glaciozyma antarctica serta menentukan pengekspresan
gen tersebut semasa kehadiran dan kekurangan asid amino dalam medium pertumbuhan. Pengenalpastian gen telah
dilakukan melalui penjanaan penanda jujukan terekspres (ESTs) daripada dua perpustakaan cDNA yang dibina daripada
sel yang dikultur dalam medium pertumbuhan kompleks dan medium pertumbuhan minimum tanpa asid amino. Sebanyak
3552 klon cDNA daripada setiap perpustakaan dipilih secara rawak untuk dijujuk menghasilkan 1492 transkrip unik
(medium kompleks) dan 1928 transkrip unik (medium minimum). Analisis pemadanan telah mengenl pasti gen mengekod
protein yang terlibat di dalam pengambilan asid amino bebas, biosintesis asid amino serta gen yang terlibat dengan
kitar semula asid amino berdasarkan tapak jalan yang digunakan oleh yis model, Saccharomyces cerevisiae. Analisis
pengekspresan gen menggunakan kaedah RT-qPCR menunjukkan pengekspresan gen mengekod protein yang terlibat di
dalam pengambilan asid amino bebas iaitu permease adalah tinggi pada medium kompleks manakala pengekspresan
kebanyakan gen mengekod protein yang terlibat dalam kitar semula dan biosintesis asid amino adalah tinggi di dalam
medium minimum. Kesimpulannya, gen yang terlibat dalam penjanaan dan pengambilan asid amino bagi mikroorganisma
psikrofil adalah terpulihara seperti mikroorganisma mesofil dan pengekspresan gen-gen ini adalah diaruh oleh kehadiran
atau ketiadaan asid amino bebas pada persekitaran.
Pemuliharaan spesies tumbuhan tropika biasanya terhad kepada faktor taburan spesies di peringkat rantau Asia Tenggara tanpa mengambil kira faktor julat geografi setempat, limitasi taburan spesies kepada julat habitat yang khusus dan saiz populasi di peringkat landskap. Kajian ini melibatkan perbandingan kelangkaan spesies tumbuhan di tiga zon pengurusan Rizab Biosfera Tasik Chini (TCBR), Pahang. Tahap kelangkaan spesies dikelaskan kepada lapan sel (A–H) berdasarkan Skim Rabinowitz. Penentuan spesies yang endemik turut dilakukan berdasarkan Turner. Kajian merekodkan 771 spesies tumbuhan di TCBR. Sejumlah 600 spesies (77.8%) direkodkan sebagai spesies langka (Sel B–H) manakala selebihnya (22.2%) adalah spesies yang biasa ditemui (Sel A). Spesies yang paling langka (Sel H, 49.3%) adalah spesies dengan geografi yang terbatas, habitat yang khusus dan saiz populasi yang kecil. Sejumlah 20 spesies tumbuhan direkodkan sebagai spesies endemik. Dua daripada 20 spesies endemik tersebut ialah spesies yang biasa ditemui berdasarkan Skim Rabinowitz. Manakala, empat spesies endemik merupakan spesies langka yang mempunyai julat geografi yang meluas tetapi mempunyai habitat dan saiz populasi yang terhad (Sel D) dan 14 spesies endemik selebihnya ialah spesies yang paling langka (Sel H). Lebih kurang 76% spesies yang tidak endemik tetapi termasuk dalam kategori spesies langka. Kajian ini memberi penunjuk bahawa usaha pemuliharaan spesies pada peringkat landskap seperti TCBR perlu turut mengambil kira tahap kelangkaan setempat di samping faktor taburan spesies pada peringkat serantau.
A study on amphibian community at Gunung Raya, Pulau Langkawi was conducted in order to identify amphibian species richness and species distribution pattern along an elevation gradient. Species richness and distribution pattern of amphibians along an elevational gradient could explain factors that determine ecological processes in a particular highland. Passive sampling method by using two types of traps namely Drift- fenced pitfall trap and PVC pipe trap were used from February 2014 until January 2015. 100 individual comprise of 10 species amphibian were recorded. Leptobrachium smithii were the most abundant (n=37) followed by Megophrys aceras (n=28). Rank abundance curve for amphibian community show a Broken Stick pattern (χ2=12.67, p=0.12). Species accumulation curve does not level off to an asymptote, indicating insufficient sample size despite intensive sampling effort. Estimation analysis by using Chao 1 predictor produces 12 amphibian species based on 100 pooled individuals. A weak positive exponential function fits the distribution pattern of amphibian abundance (y=0.0028x+13.39), reflecting species domination towards the peak. A negative exponential function fits distribution pattern of amphibian species number across the elevation gradient (y=-0.0091x+7.247), due to the lack of permanent water resource at the upper elevation. These results indicated that by understanding the upland ecology of amphibians, important decisions may be critical for designing conservation efforts and planning land use.
Akumulasi logam berat dan bahan pencemar ke dalam ekosistem akuatik memberi impak negatif kepada alam sekitar dan organisma akuatik. Salvinia molesta dan Pistia stratiotes merupakan spesies yang mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat dan berkemampuan dalam mengakumulasi logam berat dan menyerap nutrien menjadikan ia sesuai digunakan untuk merawat air sisa melalui kaedah bioteknologi iaitu fitoremediasi. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kualiti air sisa kumbahan sebelum dan selepas rawatan menggunakan kaedah fitoremediasi. Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk menilai keberkesanan Salvinia molesta dan Pistia stratiotes sebagai agen fitoremediasi bagi rawatan air sisa. Sampel tumbuhan akuatik berbeza berat iaitu 10, 20 dan 30 g diuji untuk rawatan tersebut. Ujian ANOVA satu hala menunjukkan perbezaan kadar pengurangan jumlah pepejal terampai dan ammoniakal nitrogen yang bererti (p<0.05) bagi 10, 20 dan 30 g Pistia stratiotes dan Salvinia molesta sepanjang kajian dijalankan iaitu daripada hari 0 sehingga hari ke-7. Keputusan kajian juga menunjukkan 30 dan 20 g Pistia stratiotes dan Salvinia molesta dapat menyingkirkan jumlah pepejal terampai dan ammoniakal nitrogen dengan lebih cepat berbanding berat tumbuhan 10 g. Ujian ANOVA satu hala juga tidak menunjukkan perbezaan yang bererti bagi kadar pengurangan jumlah pepejal terampai dan ammoniakal nitrogen antara Pistia stratiotes dan Salvinia molesta.
Acanthamoeba spp. merupakan ameba hidup bebas yang tersebar luas di persekitaran. Ameba ini menyebabkan penyakit
keratitis terutamanya kepada individu yang memakai kanta sentuh terkontaminasi atau mempunyai sejarah trauma
pada mata. Tujuh puluh empat sampel kikisan kornea pesakit keratitis daripada 4 buah hospital di sekitar Lembah
Kelang telah dikultur untuk menemukan Acanthamoeba spp. Keputusan kajian mendapati Acanthamoeba spp. berjaya
dipencilkan daripada 14.87% sampel kikisan kornea pesakit keratitis. Berdasarkan kajian ini, kesemua pesakit keratitis
Acanthamoeba adalah merupakan pemakai kanta sentuh yang majoritinya (90.9%) terdiri daripada kaum wanita. Kanta
sentuh lembut terlibat dalam 90.9% kes manakala jenis kanta separa keras cuma satu kes 9.1%. Kesemua 11 pencilan
Acanthamoeba yang dipencilkan adalah daripada kumpulan polyphagids yang biasanya patogenik kepada manusia dan
menyebabkan jangkitan ini. Kegagalan pengguna kanta sentuh mengamalkan tahap kebersihan kanta sentuh yang baik
merupakan faktor risiko yang penting dalam kejadian keratitis Acanthamoeba di Malaysia.
Dalam kajian ini, kesan lapisan Au di atas fotokatod kuprus oksida (Cu2
O) terhadap tindak balas fotoelektrokimia telah
diuji. Lapisan Cu2
O dan Au ini telah disediakan di atas subtrak kaca stanum oksida terdop fluorin (FTO) dalam konfigurasi
yang berlainan, melalui kaedah elektroendapan. Selepas itu, fotokatod ini dicirikan dengan mikroskopi elektron imbasan
berpancaran medan (FESEM), spektroskopi ultra lembayung dan cahaya nampak (UV-Vis) dan analisis fotoelektrokimia.
Daripada imej FESEM, lapisan Au telah berjaya diendapkan di atas substrak FTO dan permukaan Cu2
O. Penyerapan
plasmon Au pada julat cahaya nampak juga terbukti dan ia telah mempertingkatkan penggunaan cahaya nampak untuk
tindak balas fotoelektrokimia. Oleh itu, prestasi fotoelektrokimia fotokatod Cu2
O berplasmon telah meningkat secara
ketara. Di bawah sinaran suria simulasi A.M 1.5, fotokatod Cu2
O terapit Au telah menjanakan ketumpatan fotoarus
yang tertinggi, iaitu ~4 kali ganda peningkatan berbanding prestasi fotokatod Cu2
O tulen.
Fukoidan adalah sejenis polisakarida bioaktif yang terdiri daripada fukosa, sulfat dan asid uronik. Fukoidan mempunyai
bau hanyir menyebabkan aplikasi dalam produk makanan menjadi sukar. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk
menyahbau hanyir fukoidan yang diekstrak daripada Sargassum sp. (Fsar) dan mengkaji kesan penyahbauan terhadap
ciri-ciri fizikokimia dan aktiviti antipengoksidannya. Fsar dinyahbau dengan menggunakan butiran karbon teraktif (Fkar),
kaedah pengewapan haba (Fwap) dan gabungan kedua-dua kaedah tersebut (Fkw). Keberkesanan penyahbauan dikenal
pasti melalui penilaian sensori (ujian deskriptif kuantitatif) bagi menilai persepsi bau fukoidan yang telah dinyahbau.
Ciri fizikokimia iaitu ketulenan, warna dan nilai pH, manakala aktiviti antipengoksidaan ditentukan melalui ujian
pemerangkapan radikal bebas (DPPH), aktiviti pemerangkapan superoksida anion (SOA) dan pemerangkapan radikal
hidroksil (•OH). Kaedah penyahbauan Fkar menunjukkan nilai keamatan bau hanyir yang paling rendah dan tahap
penerimaan keseluruhan yang paling tinggi. Ketulenan Fkar tidak berbeza secara bererti (p>0.05) berbanding Fsar,
manakala ketulenan Fwap dan Fkw menurun secara signifikan berbanding Fsar. Keempat-empat sampel fukoidan (Fsar, Fkar,
Fwap, Fkw) menunjukkan warna dan nilai pH berbeza secara signifikan (p<0.05). Sebaliknya, tiada kesan yang signifikan
(p>0.05) terhadap kesan antipengoksidaan oleh kempat-empat sampel fukoidan selepas penyahbauan (Fsar, Fkar, Fwap, Fkw).
Pada keseluruhannya, kaedah penyahbauan menggunakan karbon teraktif (Fkar) didapati berpotensi kerana keberkesanan
dan tidak menyebabkan perubahan signifikan pada ketulenan dan aktiviti antipengoksidaan fukoidan.
Analisis geokimia menggunakan kaedah ICP-MS menunjukkan taburan geokimia unsur di kawasan kajian dipengaruhi
oleh dua asalan sedimen berbeza iaitu daripada marin dan daratan. Unsur Ca dan Mg dikenal pasti sebagai unsur
marin, manakala unsur Al, Fe, Mn, Na, Cu, Cr, Zn dan Ni dikenal pasti sebagai unsur daratan. Unsur Ca dan Mg dikenal
pasti terhasil daripada proses penyahkapuran rangka dan hidupan marin seperti cengkerang moluska dan foraminifera.
Unsur benua berasal daripada granit dari Gunung Korbu dan Gunung Stong yang disaliri oleh Sungai Nenggiri dan
Sungai Galas, serta batuan argilit arenit yang berasal dari bahagian selatan dan tenggara Negeri Kelantan dari
Gunung Cintawangsa dan Gunung Stong dan disaliri oleh Sungai Lebir dan Sungai Galas. Unsur daripada batuan
induk membebaskan unsur kimia semasa luluhawa kimia dan telah dijerap oleh cas-cas negatif pada permukaan sedimen
halus seperti lempung dan lodak sebelum dimendapkan bersama di dalam kawasan kajian.
Composite materials have increasingly become crucial in manufacturing engineering products and producing commodity
materials in the major industries including; automotive, aerospace, marine, construction, agriculture and health science.
However, several improvements regarding the strength, dimensional stability and the cost of production are required.
In this study, composite of Kenaf, multi-wall carbon nanotube (MWCNT) and polypropylene (PP) with maleic anhydridegrafted
polypropylene (MAPP) are examined. The results highlight that increasing MAPP loading, in turn, increases the
value of the mechanical properties. The composites are produced by blending kenaf/MWCNT/PP using a Sigma blade
mixer and injection moulding. Injection moulding is a significant operation used to produce plastic products. In the
study, Kenaf core fibre was mixed with MWCNT and polypropylene, in addition to MAPP. The MAPP is added by applying
different percentage (1, 2, 3 and 4 wt. %) during the blending process. The main objective of the study was to analyse the
effects of MAPP concentrations on the mechanical properties of the Kenaf/MWCNT/PP composite. The results of the study
established that MAPP 3 wt. % concentration with MWCNT 3 wt. % loading and Kenaf 30 wt. % filler provide optimum
results for the composites. There was approximately, a 21% enhance in tensile strength of Kenaf 30 wt. %/MWCNT, 3 wt.
%/MAPP, 3 wt. %/PP observed compared to the (without) MAPP composite. The composites with coupling agent stimulate
better filler dispersion between Kenaf, MWCNT and PP observed using a scanning electron microscope (SEM) and fieldemission
scanning electron microscope (FESEM).
MeSH terms: Agriculture; Central Nervous System Stimulants; Dietary Fiber; Industry; Microscopy, Electron, Scanning; Plastics; Polypropylenes; Tensile Strength; Hibiscus; Nanotubes, Carbon
Glioblastoma multiforme (GBM) is the most malignant subtype of brain cancer. However, current clinical treatments
for GBM are limited in effectiveness and often impose additional side effects on patients. Here, we developed targeted
anti-cancer therapy (TAT) using neural stem cells (NSC) as delivery agent to transport anti-cancer compounds directly to
GBM in vitro. Anti-cancer active compounds: Tannic acid (TA) and gallic acid (GA) were extracted from local medicinal
plant - Quercus infectoria (QI) using soxhlet technique with 100% methanol (QI-100%) or 70% methanol (QI-70%)
solvent. Concentration of TA and GA measured using HPLC were 72.56 and 43.66 μg/mL in QI-100%, while in QI-70%,
the concentrations were 72.41 and 43.31 μg/mL, respectively. Cytotoxicity effects of QI-100% and QI-70% on human
GBM cell line (DBTRG-05MG), human NSC line (H9-hNSC) and human normal brain glial cell line (SVG-p12) (as negative
control) were determined using MTT assay. Both QI-100% and QI-70% showed anti-proliferative properties against
DBTRG-05MG at IC50, but not on H9-hNSC and SVG-p12. Taken together, data indicated that both QI extracts contained
TA and GA which exhibit anti-proliferative effect specifically on cancerous cells only. Next, QI-treated H9-hNSC was
seeded in a modified Boyden chamber for 12 h to investigate its migration capacity towards DBTRG-05MG. The result
showed that H9-hNSC migrated towards DBTRG-05MG with 4-folds higher capacity compared to control. In addition,
the migration of QI-100% treated H9-hNSC successfully reduced the number of DBTRG-05MG, indicating the anti-GBM
potential of these cells after migration. In conclusion, NSC could be a specific anti-cancer compound delivery agent for
GBM, reducing unwanted side effects on patients.
Pembangunan model biosensor DNA berasaskan pengikatan dan interaksi kompleks logam sebagai penanda penghibridan
DNA boleh digunakan untuk diagnosis awal virus denggi melalui penghibridan DNA denggi sebagai DNA sasaran.
Kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina berjaya disintesis dan pencirian dijalankan dengan menggunakan
Spektroskopi Magnetik Nukleus (NMR), Spektroskopi inframerah (FTIR), spektrometri jisim dan kolorimetri pengimbasan
pembezaan. Jenis perikatan dan interaksi antara kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina dan DNA denggi
dikaji dengan pentitratan DNA ultralembayung nampak. Berdasarkan spektrum ultralembayung nampak, hipokromisme dan
anjakan merah (batokromisme) diperhatikan apabila kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina dititratkan
dengan DNA denggi menunjukkan pembentukan kompleks baru. Kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina
berinteraksi dengan DNA denggi secara perikatan interkalasi dengan pemalar perikatan, Kb= 4.576×105
M-1. Penemuan
ini sangat berharga dalam menjadikan kompleks nikel(II) salfen sebagai penanda penghibridan bagi biosensor DNA
optik untuk mengesan kehadiran virus denggi.
Diabetes melitus telah terbukti mengganggu penghasilan testosteron dan menyebabkan masalah libido dalam kalangan
lelaki. Sehingga kini, tiada kajian mengenai potensi Lunasia amara dalam membaiki aktiviti seksual tikus jantan teraruh
diabetes. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti potensi afrodisiak L. amara ke atas tikus jantan teraruh
diabetes. Empat kumpulan tikus teraruh diabetes masing-masing diberi perlakuan ekstrak L. amara (250 dan 500 mg/
kg berat tubuh), 500 mg/kg metformin dan air suling. Tikus kumpulan kawalan normal tanpa aruhan diabetes menerima
perlakuan air suling. Perlakuan diberikan secara suap paksa selama 30 hari untuk melihat kesan L. amara ke atas status
libido, aras testosteron serum, berat tubuh tikus, morfometri testis dan epididimis kauda serta aktiviti enzim antioksida
testis tikus teraruh diabetes berbanding kawalan. Keputusan kajian menunjukkan berlaku penurunan libido, aras
testosteron dan aktiviti khusus enzim antioksida (glutation peroksidase, katalase dan superoksida dismutase) testis tikus
teraruh diabetes secara signifikan (p<0.05) pada kedua-dua dos tersebut berbanding kawalan normal. Sementara itu,
perlakuan L. amara didapati tidak menjejaskan morfometri testis, epididimis kauda dan berat tubuh tikus yang menerima
perlakuan L. amara berbanding kawalan normal. Kajian ini membuktikan bahawa ekstrak akuas batang L. amara pada
dos 250 dan 500 mg/kg berat tubuh tidak berupaya memperbaiki aktiviti seksual tikus jantan teraruh diabetes.
Type of bond is vital to understand the mechanism of interaction between corresponds atoms. We used three kinds of method
to determine the type of bond between diatomic cluster of platinum and hydrogen: types of element, electronegativity
and electron distribution. In this work, we found that the results from these three methods are not unanimously agreed
with each other for bond type forming in platinum-hydrogen diatomic cluster. Thus, we conclude that the type of bond
is hybrid of both: mainly covalent and slightly ionic.
Loji rawatan kumbahan (STP) sedia ada khususnya di Malaysia tidak direka untuk menyingkirkan bahan farmaseutik yang
tergolong dalam kategori bahan cemar baru muncul. Oleh kerana farmaseutik yang hadir dalam persekitaran akuatik
ialah pada kepekatan yang sangat rendah iaitu dalam julat bahagian per bilion dan trilion, satu kaedah pengekstrakan
dan analisis yang peka perlu dibangunkan. Dalam kajian ini, kaedah analisis berdasarkan pengekstrakan fasa pepejal
(SPE) diikuti dengan kromatografi cecair-spektrometri jisim masa penerbangan (LC-TOF-MS) menggunakan mod pengionan
secara semburan elektro positif telah berjaya dibangunkan untuk menentukan kehadiran sepuluh farmaseutik terpilih
dalam air kumbahan dan air sungai. Farmaseutik yang dikaji termasuk acetaminophen, theophylline, caffeine, metoprolol,
sulfamethoxazole, carbamazepine, prednisolone, ketoprofen, norgestrel dan simvastatin. Kaedah SPE menggunakan
langkah pengekstrakan tunggal yang menggunakan isi padu sampel yang rendah sebanyak 100 mL dan pelarut elusi
yang minimum telah berjaya dicapai. Peratus perolehan semula untuk kesemua farmaseutik dalam sampel air sungai
berada dalam julat 54-99% manakala bagi sampel efluen STP pula berada dalam julat 57-96%. Jangka masa analisis
LC-TOF-MS termasuk masa imbangan adalah selama 25 min dengan menggunakan suntikan sampel 20 μL. Prosedur SPE
bersama-sama dengan kaedah analisis yang telah dibangunkan menghasilkan had kuantifikasi (LOQ) dalam lingkungan
0.031-0.882 μg/L untuk sampel STP dan 0.030-0.926 µg/L untuk sampel air sungai.
Kajian ini bertujuan menentukan kepekatan aktiviti radionuklid tabii (226Ra, 228Ra dan 40K) dalam tanah, air dan tumbuhan
serta faktor pemindahan daripada tanah kepada tumbuhan dan indeks bahaya radiologi akibat penggunaan Condisoil®.
Sebanyak 4 sampel tanah, 14 sampel air dan 4 sampel tumbuhan telah dianalisis menggunakan sistem spektometri sinar
gama. Keputusan kajian mendapati julat kepekatan aktiviti 226Ra, 228Ra dan 40K dalam sampel tanah yang menggunakan
Condsoil® masing-masing adalah 13.8 - 17.6, 15.7 - 21.0 dan 44.5 - 57.7 Bq kg-1. Julat kepekatan aktiviti 226Ra, 228Ra
dan 40K dalam sampel tumbuhan pula masing-masing adalah 5.0 - 18.5, 0.1 - 1.5 dan 42.7 - 321.8 Bq kg-1. Bagi sampel
air, julat kepekatan aktiviti bagi radionuklid 226Ra, 228Ra dan 40K masing - masing adalah 0.3 - 0.9, 0.3 - 3.9 dan 1.4 - 11.6
Bq L-1. Julat faktor pemindahan radionuklid 226Ra, 228Ra dan 40K daripada tanah ke tumbuhan masing-masing adalah
0.42 - 0.71, 0.01 - 0.08 dan 0.85 - 5.34. Penilaian bahaya radiologi mendapati indeks kesetaraan radium berada di bawah
nilai had yang dicadangkan iaitu 370 Bq kg-1. Sehubungan dengan itu, kajian ini mendapati penggunaan Condisoil®
sebagai bahan penambahbaikan tanah tidak menyebabkan pertambahan radionuklid tabii ke dalam alam sekitar serta
tidak mendatangkan risiko bahaya radiologi kepada manusia.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan rawatan suhu yang berbeza terhadap kebioaktifan wolastonit
yang disintesis menggunakan teknik sol gel. Abu sekam padi dan batu kapur digunakan sebagai bahan awalan untuk
menghasilkan wolastonit. Nisbah campuran kalsium oksida dan silika dioksida CaO/SiO2 ditentukan pada 55:45 dan
dimasukkan ke dalam autoklaf pada suhu 135°C dengan tekanan 0.26 MPa selama 8 jam. Campuran serbuk CaO dan
SiO2 tersebut disinter pada suhu yang berbeza (1150°C dan 1250°C) dan diuji sifat kebioaktifan secara rendaman
dalam larutan cecair badan tersimulasi (SBF) selama 1,3,5,7 dan 14 hari secara in vitro. Sifat fizikal dan kebioaktifan
wolastonit sebelum dan selepas direndam dalam larutan SBF dan beberapa pencirian telah dijalankan menggunakan
teknik analisis XRD, FESEM, EDX dan FTIR. Campuran serbuk CaO-SiO2 yang telah diautoklaf dan disinter pada suhu
1250°C menghasilkan puncak tunggal pseudowolastonit. Ujian kebioaktifan menunjukkan lapisan amorfus kalsium
fosfat (ACP) dengan julat nisbah Ca/P 1.9-1.51 terbentuk lebih pantas pada sampel wolastonit yang disinter pada suhu
1250°C berbanding pembentukan ACP pada sampel tersinter 1150°C.
Pencerapan dua dimensi (2D) yang diperoleh daripada keratan rentas sampel selalunya digunakan untuk mendapatkan
maklumat ketebalan lapisan sebatian antara logam (IMC). Walau bagaimanapun, pencerapan 2D amatlah terhad
berbanding maklumat yang sepatutnya diperoleh daripada struktur tiga dimensi (3D) sampel. Kajian ini bertujuan untuk
menilai semula kaedah pengukuran lapisan IMC daripada pemerhatian 2D dengan mempertimbangkan faktor-faktor
sebenar dalam bentuk 3D IMC. Nilai mod ketebalan didapati lebih mewakili nilai ketebalan IMC setelah mempertimbangkan
pelbagai faktor stereometri berbanding dengan nilai purata. Ini memberikan suatu penanda aras dalam aktiviti
menentukan ketebalan lapisan IMC berdasarkan pencerapan 2D daripada struktur 3D.
This study was conducted to determine the dose of internal exposure through ingestion of soil in the vicinity of the
repository facility in Bukit Kledang, Ipoh, Perak. Data from this study can assess the risk of radiation exposure to the
health of local population, specifically blood, liver and bone cancers. Activities of radionuclide 238U in MG and M10
in the gastric phase are 1.118 ± 0.062 and 1.232 ± 0.073 Bq/kg, while the respective activities in the gastrointestinal
phase are 0.553 ± 0.051 and 0.905 ± 0.082 Bq/kg. Samples of M10 recorded the highest reading of internal exposure
in both phases. Digestion of 2 g soil from M10 samples on gastric phase generated the annual effective dose of 3.168
μSv/year with an assessment of cancer risk by 0.001% within 70 years to public. Organ dose for blood, liver and bone
were 0.59, 11.60 and 65.95 μSv, respectively. Analysis of organ doses based on the concentration of 238U found that M10
has higher dose compared to MG. Risk assessment predicted for 70 years after the ingestion of the soil for blood cancer
was 0.003% and liver cancer was 0.004% while the highest cancer risk was for bone cancer with 0.023%. Although
the concentration of specific activity of 238U identified is low, it is shown that the internal dose exposure as a result of
digestion of radionuclides are below the standard and can be considered as safe for public.