Sains Malaysiana, 2018;47:1139-1146.

Abstract

Pembangunan model biosensor DNA berasaskan pengikatan dan interaksi kompleks logam sebagai penanda penghibridan
DNA boleh digunakan untuk diagnosis awal virus denggi melalui penghibridan DNA denggi sebagai DNA sasaran.
Kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina berjaya disintesis dan pencirian dijalankan dengan menggunakan
Spektroskopi Magnetik Nukleus (NMR), Spektroskopi inframerah (FTIR), spektrometri jisim dan kolorimetri pengimbasan
pembezaan. Jenis perikatan dan interaksi antara kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina dan DNA denggi
dikaji dengan pentitratan DNA ultralembayung nampak. Berdasarkan spektrum ultralembayung nampak, hipokromisme dan
anjakan merah (batokromisme) diperhatikan apabila kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina dititratkan
dengan DNA denggi menunjukkan pembentukan kompleks baru. Kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina
berinteraksi dengan DNA denggi secara perikatan interkalasi dengan pemalar perikatan, Kb= 4.576×105
M-1. Penemuan
ini sangat berharga dalam menjadikan kompleks nikel(II) salfen sebagai penanda penghibridan bagi biosensor DNA
optik untuk mengesan kehadiran virus denggi.