Affiliations 

  • 1 Annamalai University
  • 2 Universiti Teknologi MARA
  • 3 Not Indicated
Medicine & Health, 2015;10(1):17-22.
MyJurnal

Abstract

Objektif kajian ialah untuk menentukan kesan program latihan papan Wobble ke atas daya keseimbangan para atlet yang mengalami ketakstabilan fungsi pergelangan kaki (FAI). Sebanyak 30 subjek (n=30) yang mengalami FAI direkrut berdasarkan kriteria rangkuman dan eksklusi. Kesemua subjek dinilai daya keseimbangan menggunakan ujian dirian anggota tunggal (single limb stance) dan ujian jangkauan fungsi dan didedahkan kepada program latihan papan Wobble sebanyak lima sesi seminggu selama empat minggu. Ujian t berpasangan digunakan untuk membandingkan min data pra dan post-ujian dan aras signifikan ditetapkan pada nilai 0.05. Pada ujian dirian anggota tunggal, para atlet mendapat min skor postlatihan yang tinggi [26.4] berbanding pra-latihan. Perbezaan disahkan dengan nilai ‘t’ yang diperolehi [16.00]. Bagi ujian jangkauan fungsi, para atlet memperolehi min skor post-latihan yang tinggi [15.88] berbanding pra-latihan [1.26]. Perbezaan disahkan dengan nilai ‘t’ yang diperolehi [12.54]. Ini menunjukkan bahawa latihan papan Wobble meningkatkan keseimbangan dinamik dan statik para atlet yang mengalami FAI. Secara kesimpulannya, latihan papan Wobble mungkin efektif dalam meningkatkan keseimbangan para atlet yang mengalami FAI.